Posts tagged as:

perhentian bas

Lawak Jumaat – Jojo

by SYK on 15 August, 2008

Kisah 1
Jojo baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Imigresen Shah Alam supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di , bas pun tiba. Jojo naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Jojo mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Jojo terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Jojo tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Jojo berkata, “Kak…
Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”

Kisah 2
Jojo baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Jojo dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola. Keesokkan harinya, Jojo membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop itu yang sememangnya tahu akan kelurusan Jojo, cuba nak mempermainkan Jojo. Dia memberitahu, sekiranya Jojo meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Jojo pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Jojo meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

sambungan…..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

{ 0 comments }