Bagi peminat Prison Break, episod terakhir yang ditayangkan di US minggu lepas telah memberikan jawapan selama ini. Empat musim dengan puluhan episod yang mendebarkan. Ada juga ditayangkan di Malaysia tetapi saya tak tahu siaran yang mana satu.
Peminat sekarang tak sanggup tunggu 6 bulan lagi baru nak tahu kesudahan sesuatu siri. Kalau boleh nak tengok waktu yang sama dengan siaran di negara atas angin. Biasanya sesuatu episod siri tv boleh didapati online 2-3 jam selepas siaran perdananya di US. Cuma kena pandai cari dimana laman web yang menyediakan siaran tertunda. Boleh juga didapati di Warez dan Torrent.

{ 6 comments }
