Bila menulis tentang blogger, saya tekankan mesti lawat blog orang lain. Kita kena belajar macam mana orang lain menulis dan macam mana mereka menguruskan blog mereka.

Apa sahaja tujuan kita berblog, kita mesti tengok juga usaha orang lain berblog. kalau nak buka kedai runcit, kita mesti tengok orang lain buka kedai runcit. Kalau nak buka restoren, mesti nak tengok macam mana susun atur restoren orang lain. Kalau nak jadi cikgu, mesti tengok cikgu lain mengajar dulu. Begitulah proses tiru dan buat oleh manusia untuk apa sahaja yang mereka ingin lakukan. sambungan…..
{ 24 comments }
