by SYK on 7 November, 2008
Cerita berkenaan jurutera amat kurang dibuat oleh penerbit filem atau tv. Doktor, peguam, polis, tentera, wartawan, ahli politik dan lain-lain lebih banyak berbanding dengan jurutera. Kenapa? Jurutera tidak begitu mencabar pekerjaannya atau penerbit tak nampak kerja-kerja yang dilakukan oleh jurutera?
Ringkasnya Mac Gyver adalah ‘technician’ (pembantu teknik); Michael Scofield adalah ‘engineer’. Sememangnya lakonannya menunjukkan dia seorang jurutera struktur (tapi dia macam tahu semua bidang termasuk elektrikal, mekanikal dan komputer).
Walauapapun berlaku dengan jalan ceritanya, menggunakan akal fikiran untuk membuat sesuatu yang logik membuat penonton terpaku di depan kaca televisyen, maaf saya tak menontonnya di situ.
Saya menonton di LCD komputer. Segalanya dengan torrent di sini.


Lawak 13
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Lawak 14
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Lawak 15
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
Lawak 16
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
Lawak 17
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”
Lawak 18
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…