Bila Astro sudah tak ada, mulalah nak tengok siaran tv yang percuma seperti TV1, TV2,TV3, NTV7,TV8,TV9 ada lagi ker?
Tadi tertengok lagi rancangan ‘BLOG’ pukul 8.45 malam hingga 9 malam. Ini kali 3 saya tengok rancangan tersebut. Rancangan yang bagus dan membuka minda penonton tapiiiiiiii konsep rancangan amat berbeza dengan tajuk/siri yang diberi nama.
Rancangan ‘BLOG’ ini patut diberi nama seperti ‘ Blog & Politik’ atau ‘ Blog dalam Politik Malaysia’ atau tajuk-tajuk yang seumpamanya. RTM, tolonglah sempitkan minda dengan perkataan blog hanya untuk politik sahaja. Blog telah melangkaui batas tidak hanya untuk politik. Kami berblog lebih daripada politik. Politik hanya salah satu tajuk blog. Ada tajuk lain seperti sukan, autombil, hobi, perniagaan, perubatan, pertanian dan macam-macam lagi. sambungan…..
{ 2 comments }
