Rakan blog Rohaizad melahirkan tak puas hati sebab lembu punya susu, sapi dapat nama (itu sebab ada terjual minyak sapi, hakikatnya ianya daripada susu lembu). Berbalik kepada kisah Rohaizad ini, artikel yang ditulis dipercayai ditiru daripada artikel asal – 30 Jan 2009.
Dia telah menghantar email komplen kepada editor ruangan forum Utusan Malaysia. Rujuk laman blog Rohaizad untuk kisah selanjutnya.
Setelah meneliti artikel Rohaizad 30 Jan 2009 dan artikel ciplak MAN MAD 10 Mac 2009 , saya dapati ada persamaan pada beberapa ayat dan kata-kunci. Tujuan dan dan maksud asal juga sama. Cuma MAN MAD pandai dalam meringkaskan karangan. MAN MAD bijak menulis menggunakan ayat-ayat penting seolah-olah artikel itu adalah dia adalah pemilik asal.
Anda nilaikan sendiri, tapi yang pasti kita mesti berhati-hati dalam memberi maklumat peribadi di internet ini. Jangan bahayakan diri anda sendiri.
ARKIB : 10/03/2009
Hati-hati guna Facebook, MySpace…
RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.
Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.
Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan. sambungan…..
{ 2 comments }
