Guna bahasa dengan betul termasuk juga menulis/ menaip dengan betul di laman web/ blog menjadi aktiviti harian rakyat Malaysia. Penembusan teknologi memudahkan kita berhubung walaupun dalam hutan yang tebal. Kaedah menghantar mesej juga telah dipelbagaikan dan sangat pantas.
sambungan…..

Setelah beberapa tahun dalam berblog saya belajar banyak perkara. Walaupun bukan semua yang saya tahu, sekurang-kurangnya berkongsi kejayaan dalam berblog adalah satu penghormatan.
Satu persoalan. Adakah kejayaan blog bergantung kepada page rank, alexa rank, yahoo backlinks?
Untuk kawan-kawan semua, senarai di bawah adalah beberapa perkara yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti blog jika mahu berjaya dalam berblog ini.
- Daftar nama domain anda dengan webhosting yang mempunyai uptime 99.99%
- Tulis topik dengan kehendak atau kegemaran yang ada pada diri sendiri.
- Tulis blog guna WordPress. Maaf jika anda guna selain daripada WP. Bukan hendak merendahkan kemampuan perisian lain. Ada banyak kelebihan yang diakui oleh ramai blogger profesional. Saya juga ada menggunakan blogspot untuk blog yang tak berapa penting sebenarnya. sambungan…..