Sambungan entri sebelum ini, saya amat sedih bila membaca di email, forum, laman web atau blog orang yang menggunakan bahasa SMS. Apakah sudah terlalu malas untuk menaip perkataan dengan penuh? Saya ada juga menerima pertanyaan di email dengan bahasa SMS, pendek sahaja jawapan saya ” Maaf saya tak faham”
Kita tidak boleh salahkan SMS kerana terikut-ikut untuk memendekkan perkataan. Sememang bahasa SMS perlu pendek untuk menjimatkan jumlah aksara. Ianya sudah dipersetujui oleh semua syarikat komunikasi untuk menghadkan jumlah aksara. Ianya mungkin untuk mengoptimakan kos dan aliran data agar tidak rugi pada syarikat dan memudahkan pengguna.
{ 5 comments }
