Sudah 2 hari saya melayan Facebook.Com (FB), menarik dan saya dapat rasakan kenapa orang begitu mengilai FB ini. Untuk ulasan apa yang FB boleh buat, anda sendiri kena daftar dan libatkan dalam laman sosial ini.
Antara fakta yang saya tengok pelik ialah bagaimana ada individu yang mempunyai sahabat sehingga 1,000 orang. Kebiasaanya individu yang saya lihat mempunyai bawah daripada 100 orang kawan sahaja. bagaimana mereka boleh ada ramai kawan? Spam atau dalam senarai emel ramai kawan? (FB akan menghantar jemputan secara automatik kepada pengguna yang ada dalam senarai emel).
Maka saya pun dengan rajinnya telah membuat jemputan secara sembrono, tak kira bangsa apa atau bahasa apa yang mereka gunakan. Hasilnya 120 orang kawan baru dalam 1 hari. Saya agak ada kira-kira 400 jemputan sembrono yang dilakukan. FB begitu marah kerana memberi amaran seperti di bawah.
{ 4 comments }



