Apa yang anda boleh buat dengan RM50? Banyak perkara, kalau nak disenaraikan terlalu banyak. Apa kata bagi RM50 kepada pekedai untuk membaiki sesuatu sedangkan perkara tersebut anda boleh buat sendiri.
Kisah ini berkaitan dengan pencetak Epson C67 yang telah digunakan hampir 2 tahun. Dua bulan lepas saya memasang CIS (continuous ink system) pada pencetak tersebut. Cukup puas hati, banyak RM jimat.

Bila telah ada dakwat yang banyak, apa yang saya buat? Tentunya saya mencetak seberapa banyak bahan bacaan untuk dibuat rujukan. Epson mempunyai sistem dimana apabila telah sampai kiraan tertentu, pencetak akan gagal berfungsi. Lampu merah akan menyala satu-persatu. anda tak akan dapat buat apa-apa kecuali hantar ke kedai. Terbanglah RM50 dari kocek anda.
Langkah terbaik ialah jumpa Pakcik Google, saya terjumpa pertunjuk di SINI untuk menghalang RM50 itu diberikan kepada penjual. Muaturun perisian mengikut jenis pencetak anda dan ikut sahaja arahan yang diberikan.

Pencetak saya boleh berfungsi seperti sediakala. Hati senang, tidur lena. RM50 boleh beli apam balik selama 3 bulan.
Selamat mencuba.

{ 11 comments… read them below or add one }
CIS tu benda kat tepi printer tu ke?
[Mesti Balas]
ya, itu dakwat luar yang mengantikan katrij
jimat dan tak risau nak cetak apa2 pun
[Mesti Balas]
kalau g pasar mlm beli apam balik tu…kirim roti john satu ye
hhehe
[Mesti Balas]
Thanks, tlah mengunjungi my bog
[Mesti Balas]
hahaha..tak sangka plak awak suka kat apam balik ye
[Mesti Balas]
apam balik sesuatu yang mesti dibeli jika ke pasar malam.
welkum fauzan
[Mesti Balas]
info yang menarik bro..thanks
[Mesti Balas]
RM50 aku senapas jer, tp bab ni kira jimat ler huhuhu
[Mesti Balas]
haritz – bukan senafas, satu klik jer dah hilang
apam balik pun sedap, roti john pun sedap
[Mesti Balas]
benda nie yg aku nak pasang kat printer aku.. kat kedai mana nak wat.. aku duk kat selayang…
[Mesti Balas]
banyak kedai kat lowyat terutamanya
mungkin kat selayang pun ada tapi kena carilah
kalau nak mudah/ kemas beli printer jenis brothers –> katrij CIS di dalam, tak perlu letak di luar
[Mesti Balas]