Hahaha memang ianya palsu. Orang guna pelbagai ‘plug-in’ kita pun terikut-ikut. Sedangkan belum tentu ianya menaikan kredibiliti anda sebagai blogger. Dulu beriya sangat nak guna Feedjit & Mybloglog. Nak letak page rank, RSS, nak letak ‘statistik user’ dan macam-macam lagi.
![]()
Itu tak termasuk iklan untuk dapat pendapatan tambahan. Kadang-kala blog jadi huru-hara dan menyusahkan pembaca setia. Bukan nak kutuk blogger sebab kita semua sama sahaja. Tapi biarlah pembaca senang nak baca apa yang ditulis.
Nak buat blog atau nak buat laman iklan….hahahaha. Jangan marah saya, dulu saya pun macam tu juga. Sekarang dah kurang sikit.
Twitter adalah micro blogging (kurang 160 aksara). Sekarang muncul pula Flutter dalam kategori nano blogging (kurang 40 aksara).
Mungkin bila blog ini dah stabil dan punyai banyak masa untuk mengkaji benda baru, saya akan pertimbangan guna twitter, flutter atau apa-apa jua. Sebenarnya saya tak terkejar dengan ‘social network’, cukuplah apa yang ada dulu. Janji ada pembaca setia dan dapat berkongsi ilmu dengan anda semua

{ 4 comments… read them below or add one }
sebelum twitter riuh dgn plurk….reg juga
tapi mmg twitter tak membantulah..tak suka spam..
dok iklan blog sendiri….
[Mesti Balas]
aku tak aktif sangat kat twitter. cuma aku biarkan plugin blog aku tu update twitter aku. setiap kali ada artikel terbaru kat blog, terus ada kat twitter. kalau setakat nak update twitter tu aku rasa dah berbulan bulan dah ni.
[Mesti Balas]
betul juga tu… aku pun folo pasal tengok masing-masing buat… nampak semak juga kan..
[Mesti Balas]
semuanya bagus, tapi janganlah terikut-ikut sampai tak tahu kenapa kena letak perisian tersebut
[Mesti Balas]