Hilang Wang Pertaruhan

by SYK on 8 April, 2009

Walaupun blog ini bukan blog politik (kalau blog politik tentu dapat trafik tinggi), rasanya perlu juga menulis hal semasa Malaysia. Berkait dengan entri semalam pilihanraya dua bukit dan satu batang, semua yang berebut kerusi telah tahu sapa yang dapat. Walau seramai mana pun yang jadi calon di kawasan tersebut, pemenang hanya seorang.

Apa yang menarik tentang pilihanraya kecil ini ialah jumlah calon yang hilang wang pertaruhan. Apakah wang pertaruhan ini? Bunyinya macam wang berjudi sahaja. Wang pertaruhan ialah wang yang diletakan oleh calon di hari penamaan calon untuk mengatakan komitmen untuk bertanding. Bahasa modennya ialah wang deposit.001030 0537 0087 nslpw 197x310 Hilang Wang Pertaruhan

Bagaimana boleh hilang wang pertaruhan? Jika pengiraan undi telah dibuat, calon tersebut memperoleh undi kurang satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi sah maka hilang wang pertaruhan beliau. Lebihkurang maksudnya ialah dia tidak popular dikalangan masyrakat setempat tetapi mengada-gada nak jadi calon dan menyusahkan SPR mencetak kertas undi.

Fakta:-

1. Pada Pilihanraya Umum ke 12, seramai 108 calon bertanding hilang wang pertaruhan.

2. Ini melibatkan jumlah RM1.08 juta.

3. Kesemua calon bebas di Bukit Selambau hilang wang pertaruhan melibatkan RM5,000 seorang.

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Entri Berkaitan

{ 3 comments… read them below or add one }

1 pcuserz 9 April, 2009 at 11:55 am

kalau free je lagi ramai la nak bertanding.
at least wang pendahuluan bertujuan untuk calon yang betul2 serius nak bertanding, bukan suka-suka nak bertanding (nak popular konon)
ps.: kesian diorang yang hilang wang pertaruhan tu ye. cuba lagi lain kali…

[Mesti Balas]

2 affuan 9 April, 2009 at 12:20 pm

5 ribu je. mana nak cari peluang bertanding dengan yb? publisiti free tu. hanya mereka yang tahu kenapa. hehe.

[Mesti Balas]

3 SYK 10 April, 2009 at 3:50 pm

RM5k sekarang tak besar mana pun

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: