Sekarang sudah sah Maya Karin akan berkahwin. Semua bujang pun terduduk kerana telah lambat memiliki hatinya terutamanya MohdIsmail……..hahahaa
Maya Karin bernikah di Itali 14 Ogos 2008
PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin, menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh berkahwin dengan pasangannya, Steven David Shorthose, 38, atau Muhammad Ali, seorang guru.
Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, Maya, 29, berkata dia dan Muhammad memilih tempat pernikahan di kawasan peranginan terkemuka, Bellagio, di Itali.
Katanya, dia sudah mengenali pemuda Inggeris terbabit sejak tujuh tahun lalu dan memilihnya sebagai pasangan hidup kerana sifatnya yang cukup sederhana.
Itu laporan akhbar hari ini. Jangan bermuram durja sahabatku. Mungkin ada rezeki kau ada peluang dengan anak perempuan Maya Karin – itupun kalau kalau dia dapat anak perempuan.
Panjang Umur Murah Rezeki Untuk Semua.

