
Setelah beberapa tahun dalam berblog saya belajar banyak perkara. Walaupun bukan semua yang saya tahu, sekurang-kurangnya berkongsi kejayaan dalam berblog adalah satu penghormatan.
Satu persoalan. Adakah kejayaan blog bergantung kepada page rank, alexa rank, yahoo backlinks?
Untuk kawan-kawan semua, senarai di bawah adalah beberapa perkara yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti blog jika mahu berjaya dalam berblog ini.
- Daftar nama domain anda dengan webhosting yang mempunyai uptime 99.99%
- Tulis topik dengan kehendak atau kegemaran yang ada pada diri sendiri.
- Tulis blog guna WordPress. Maaf jika anda guna selain daripada WP. Bukan hendak merendahkan kemampuan perisian lain. Ada banyak kelebihan yang diakui oleh ramai blogger profesional. Saya juga ada menggunakan blogspot untuk blog yang tak berapa penting sebenarnya.
- Guna templete yang ringkas, untuk memudahkan pembaca membuka laman blog.
- Tulis 1-2 entri sehari. 10-15 entri seminggu adalah terbaik. Mampukah anda buat begitu? Saya cuba sedaya mungkin.
- Semak entri jika ada kesalahan perkataan atau susun ayat. Ini meningkatkan kredibiliti anda.
- Jangan sesekali guna bahasa SMS atau bahasa yang ringkas untukmenulis blog. Bahasa SMS sesuai untuk telefon yang terhad kepada 160 aksara sahaja.
- Mesti lawat blog orang lain dan tinggalkan komen.
- Jangan guna template asal WP. Ubahlah sikit…
- LakukanĀ backup setiap minggu. Ini adalah untuk kebaikan jika sesuatu terjadi kepada blog anda.
- Aktif dalam beberapa forum dan tinggalkan signature URL blog. Ini meningkatkan trafik blog.
- Bookmark artikel blog anda di digg, del.icio.us, yahoo, technorati dll.
- Guna trackbacks.
- Gunakan servis ping. Contohnya pingomatic. Ada beratus senarai servis ping yang mesti digunakan.
- Daftar dan aktif dalam laman sosial blog networking, contohnya mybloglog.com, blogcatalog.com dll.
bersambung esok….

{ 2 trackbacks }
{ 1 comment… read it below or add one }
Tips beguna… aku tak siap2 lagi setup blog wordpress .. isk .. isk..
[Mesti Balas]