Ada beberapa benda yang tutur-katanya sama tapi lain maksudnya. Contohnya bahasa di Sarawak mempunyai banyak perkataan yang boleh di buat bahan lawak. Ini bukan kempen PPSMI atau menghina sesiapa.
Ahaahah, saya pun hanya dapat daripada blog seseorang tentang humor ini
1) Berikut adalah senarai peserta yang akan berekot dalam acara larian amal.
2) Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api.
3) Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak.
4) Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak.
5) Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur terkena hujan lebat.
6) Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman.
7) Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton berkelakar sesama sendiri.
8. Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli ikan pusuk.
9. Kerana banyaknya pakaian yang dibuat dari ampaian membuatkannya semput keletihan.
10. Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa.
11. Dia masih tidak tahu sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini.
12. Kali terakhir aku tangga, dia duduk di tangga.
13. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon.
14. Keadaan muka bumi yang agak lembut menyebabkan perjalanan mereka menjadi agak lembot.
15. Rahsia ini jangan dipadah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita.
16. Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang.
17. Perutnya rasa berbual selepas berbual panjang sambil minum cola dengan teman-temannya di kedai itu.
18. Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati keruk kerana kesejukan.
19. “Pergilah abas Pakcik Abas kat hospital tu” katanya pada anak-anaknya.
20. Terdapat banyak tapak mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu.
21. Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah.
22. Beliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma.
23. Dengan adanya undang-undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela.
14. Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya.
25. Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu biak untuk disembelih.
26. Kawan saya madah ziana zain lagu madah berhelah…
27. Petang tadi saya masuk bilik itu petang sahaja tak berlampu
28. Malar sahaja cikgu itu mengajar subjek tropika malar hijau..
29. Dia dah bagi can kat can dia sebelah rumah tu..
p/s: To non-Sarawakian, can you sense the jokes?
Terima Kasih kepada http://hurulaini.blogspot.com kerana saya dapat mempelajari bahasa Sarawak.
