Perkembangan politik yang panas minggu ini membuatkan saya pun turut nak menyelitkan beberapa yang menarik tentang kekuatan IT dalam menyampaikan berita terkini.
Saiful Bukhari pemuda yang mengaku diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari memang sudah menjadi popular. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja dengan kes ini, tunangnya pun turut popular secara tiba-tiba. Kenapa dan bagaimana saya tahu?
Mudah sahaja tunangnya (Janna Syariza) telah menulis blog. Blognya sangat baru, entri pertama 16 Jun 2008.
http://jannamohdzaki.blogspot.com/ ditulis dalam bahasa kedua. Komen pada 30 Jun telah mencecah 100.
Capaiannya mungkin telah mengalahkan Dr Khir Toyo atau Chedet. Saya mendapat link daripada sini.
Namun untuk mengetahui daripada penulis blog tersebut berapa capaian pada hari tersebut, rasanya tak mungkin. Jadi kita guna pihak ketiga untuk mengagak kekuatan blog tersebut.
Saya telah gunakan http://live.feedjit.com/live/jannamohdzaki.blogspot.com/ .Wahhh lajunya pergerakan macam bursa saham dimasa aktif. Waktu saya lihat adalah pada pukul 10-11 malam. Ramai yang berehat di rumah dan melayari internet.
Itu adalah gambar skrin, capaian laman blog Janna ini dilayari setiap saat. Syabas untuk blogger baru.
Kesimpulan nak dapat banyak capaian, lakukan sesuatu yang sensasi


