Raja Sehari, gelaran untuk orang biasa yang boleh jadi raja dalam sehari sahaja. Kenapa sehari? Cuma hari itu kehendak dan layanan kepada seseorang melebihi hari biasa. Jadi dia memang raja dan permaisuri untuk hari itu sahaja.
Biasanya juga raja sehari ini dipanggil pengantin. Pengantin lelaki (bridgeroom bridegroom) dan pengantin perempuan (bride) memang kena pakai baju yang sedondong (bukan dondang sayang). Kalau pakai baju yang tak sedondong, ada sesuatu yang luarbiasa berlaku dalam majlis kahwin itu.
Contohnya, baju terbakar, baju kena hanyut air banjir atau mungkin salah seorang pengantin terlantar sakit. Jadi setelah bertunang sekian lama, raikan hari perkahwinan anda mengikut kehendak anda. Anda adalah Raja Sehari.
Gambar di bawah, tak di ketahui siapa pengantin tersebut. Namun cara dia menjadi Raja Sehari memang tak boleh dinafikan lagi. Anda memang hebat!! Kalau anda terbaca blog ini, silalah emailkan gambar pengantin perempuan. Saya bergitu berhajat nak tengok pakaian pasangan anda.




{ 4 comments… read them below or add one }
Muahahaha..ini jaguh bina badan mana punya ni..orang kampung ko ke bagak?
[Mesti Balas]
Kalau orang kampung aku, dah letak video baru ada klas.
Ini aku dapat dalam rantaian email.
p.s carilah calon orang yang bina badan bukan orang yang bina perut sahaja.
[Mesti Balas]
banyak betul masa ko yer… siap bule cut and paste email giii…
p/s: aku baca jer…
[Mesti Balas]
banyak masa itu nombor 5
ang nombor 1 ialah minat
kalau tak minat, tak jadi juga
[Mesti Balas]