PPC (Pay Per Click) bagi adalah kaedah mengiklan yang tidak asing lagi bagi Internet Marketer (IM). Setiap kali iklan diklik ada pihak yang bertambah wangnya, ada pulak pihak yang merosot tabungnya.
Ada 3 pihak terbabit sebenarnya, saya terangkan secara bahasa yang senang difahami. Bandingkan dengan dunia nyata.
Pihak yang ingin mengiklan produk mereka. Contohnya IBM, Mercedes, PLUS, Shell, KFC, Tabib Urut Pak Man, Penternak Lintah, Agen Pemasaran Internet/ Affilliate atau sesiapa sahaja yang mempunyai modal untuk mengiklan produk mereka. Mereka semua keluarkan duit.
Pihak yang tolong buat iklan menjadi nyata seperti syarikat pengiklan yang banyak di Malaysia ini. Tengok di billboard, di sudut tertentu ada nama syarikat yang memasangnya. Ini termasuk majalah, suratkhabar, 7-Eleven, kontraktor yang buat besi buat tiang iklan. Mereka semua dapat duit secara tak langsung atas usaha membuat iklan itu menjadi nyata. Duit datang daripada mereka di atas (perenggan sebelum ini).
Dalam dunia maya, pihak kedua ini macam Google Adsense dan YSM (Yahoo) dan banyak lagi. Pilih syarikat yang berkaliber.
Pihak yang ketiga ialah orang yang menengok, melihat,membaca, menerima servis atau lain perkataan menerima faedah daripada iklan. Dalam dunia maya mereka ini adalah pembaca, trafik atau orang yang klik iklan tersebut.
Ringkasnya, jadilah pihak kedua (untung) atau pihak pertama (kalau kena gaya boleh untung besar). Jangan sekadar jadi pihak yang hanya membaca iklan atau klik iklan orang.

