Selain pasukan bolasepak dan drama bersiri, Korea Selatan amat terkenal dengan internet. Popular apa dengan internet? Suatu persoalan yang menarik untuk kita fikirkan.

Antara beberapa fakta yang saya dapat kumpulkan ialah
- 40% penduduk Korea Selatan membeli secara online.
- Semua sekolah dan universiti berkongsi data pelajar dan segala urusan akademik. Sehingga kedatangan harian dan aktiviti sukan juga boleh diperolehi secara masa sebenar.
- 1Gbps akan dapat dihasilkan pada tahun 2012. Maksudnya dalam masa 12 saat anda dapat muat turun filem 120 minit.
- Sekarang kelajuan internet di Korea Selatan ialah 100Mbps. Apa bandingan dengan kelajuan internet Malaysia?
- Penduduk Korea Selatan berjumlah 48 juta orang tetapi kerajaannya membelanjakan $25 bilion USD untuk 5 tahun akan datang hanya untuk internet.
- Perisian yang berasaskan Windows meluas digunakan. Ini menyebabkan OS Linux atau Mac terpinggir. Ipod murah di sana.
Itu antara data yang dapat dikumpulan. Mengikut kawan saya yang pernah ke sana. Tahap kelajuaan internet amat terasa sehingga di dalam keretapi internet lebih pantas berbanding jalurlebar Malaysia.
Pengunaan Ip phone bergitu meluas, telefon tersebut membolehkan internet digunakan sebagai medium. Kadar menjadi sangat murah bila guna skype atau perisian seumpamanya.
