Tel: Hello
Saya: Hello
Tel: Selamat Pagi Encik (suara perempuan India)
Saya: Selamat Pagi
Tel: Nombor telefon encik terpilih secara random dalam komputer kami. Encik bertuah kerana menerima voucer daripada Sunway Hotel.
Saya: Voucer apa tu?
Tel: Voucer untuk menginap dihotel kami selama 2 hari 1 malam bersama isteri.
Saya: Bagus tu, bila saya boleh dapat voucer tu.
Tel: Encik kena datang pada hari sabtu atau ahad untuk dapat voucer itu. Hari apa encik boleh datang.
Saya: aahhhh hari Sabtu
Tel: Can you give your name?
Saya: Awak telefon saya tapi awak tak tahu nama saya. Terima kasih.
tiiiiiiiip, panggilan diputuskan dengan sopan sebab guna telefon bimbit. Kalau guna telefon talian tetap bunyinya panggg!
Membuat pemasaran secara telefon memang sudah lama dilakukan. Saya jarang dapat panggilan macam itu tetapi seperti orang lain juga tak suka dengan gangguan iklan tambah lagi bila sedang sibuk.
Mungkin juga mereka dapat nombor daripada Public Bank sebab baru semalam saya daftar kad debit di sana. Kumpulan yang jual data peribadi termasuk nombor telefon memang wujud. Jadi pandai-pandailah kita menolak dengan tegas dan jangan jadikan itu membuat perasaan marah meluap.
