Bila Astro sudah tak ada, mulalah nak tengok siaran tv yang percuma seperti TV1, TV2,TV3, NTV7,TV8,TV9 ada lagi ker?
Tadi tertengok lagi rancangan ‘BLOG’ pukul 8.45 malam hingga 9 malam. Ini kali 3 saya tengok rancangan tersebut. Rancangan yang bagus dan membuka minda penonton tapiiiiiiii konsep rancangan amat berbeza dengan tajuk/siri yang diberi nama.
Rancangan ‘BLOG’ ini patut diberi nama seperti ‘ Blog & Politik’ atau ‘ Blog dalam Politik Malaysia’ atau tajuk-tajuk yang seumpamanya. RTM, tolonglah sempitkan minda dengan perkataan blog hanya untuk politik sahaja. Blog telah melangkaui batas tidak hanya untuk politik. Kami berblog lebih daripada politik. Politik hanya salah satu tajuk blog. Ada tajuk lain seperti sukan, autombil, hobi, perniagaan, perubatan, pertanian dan macam-macam lagi.
Ubah tajuk segmen yang 15 minit supaya penonton yang mempunyai minat lain selain politik tidak membuang masa. Slot 15 minit itu pun tak cukup untuk tetamu jemputan meluahkan pendapat mereka secara bernas. Pengacara pula banyak berlaku kurang sopan dengan memotong cakap tetamu jemputan. Tetamu wajib dihormati bukan menyakiti hati mereka. Kalau rancangan hiburan boleh sampai 2 jam kenapa rancangan membuka minda tak boleh sekurang-kuran setengah jam?
Cadangan:-
1. Panjangkan masa untuk lebih lama tetamu bercakap
2. Dengan masa yang panjang boleh jawap sms dan email, lebih ramai ambil bahagian
3. Tiadakan panggilan telefon untuk lebih ramai hantar sms supaya RTM boleh untung banyak.

{ 1 comment… read it below or add one }
bukan RTM aje. some MPs pun tak boleh membezakankannya. ada seorang ahli parlimen tu ada blog, registered kat blogger and at the same time ada website sendiri, registered under his own name. tak ke kelakar namanya tu. blog tu kena blogspot aje ?
[Mesti Balas]
SYK Reply:
May 11th, 2009 at 5:17 pm
itu dia nak ambil domain blogspot tu awal2, tak bagi kat orang
[Mesti Balas]