Blog ketiga ini saya tulis antaranya bertujuan untuk mengenang jasa cikgu-cikgu Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia yang saya pelajari sekian lama sejak darjah satu sehingga tingkatan lima.
Tanpa cikgu semua sukar untuk dapat mengarang dan menggunakan Bahasa Malaysia dengan baik. Walaupun begitu masih banyak yang saya pelajari untuk dapat menulis dengan bahasa yang yang tinggi. Semoga cikgu-cikgu dalam keadaan sihat dan masih mendidik generasi sekarang menggunakan Bahasa Malaysia dengan baik.
Saya cuba senaraikan nama cikgu-cikgu yang masih ada dalam memori.
Cikgu Halimah (sudah arwah), Cikgu yang mula-mula mengajar saya membaca.
Cikgu Nornaha
Cikgu Juriah
Cikgu Aminuddin
Cikgu Hasib
Cikgu Mohd Ali
Itu sahaja yang masih saya ingat. Maaf cikgu yang lain, memori otak saya tak boleh pergi jauh lagi. Mungkin bila saya boleh berjumpa kawan-kawan lama, senarai ini akan jadi lebih panjang.



{ 1 trackback }
{ 0 comments… add one now }