Tepat jam 5.15 petang semalam tiada lagi siaran ASTRO di rumah :(

Siaran hilang macam tu sahaja. Macam dalam iklan yang menonton bola dulu.

Kenapa? Memang sengaja diberhentikan. malas nak bayar duit langganan bulanan RM89. banyak tu!

Untuk hentikan langganan  ASTRO kena bagitahu awal sebulan. Itu peraturan mereka.

Cukuplah 2 tahun ASTRO mengambil duitku. Masa untuk menonton saya akan gantikan dengan lebih kerap kemaskini blog dan membaca buku yang banyak dibeli tapi tak sempat baca lagi. Cukuplah juga masa yang banyak dihabiskan di depan peti telivisyen(tak guna LCD lagi macam sahabat kita ni)

Kalau nak menonton dokumentari terpaksalah saya torrent. Prison Break dan Lost juga lebih untung tengok di Pc sebab tak ada iklan.

Ini adalah salahsatu kaedah penjimatan dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Lihat Sini