Setelah meninggalkan Liverpool sejak 11 tahun lepas, kenangan di sana muncul kembali bila tengok Trek Global malam tadi dan malam minggu lepas. Trek Global mengisahkan kembara ke negara-negara Eropah dan Timur Tengah oleh penyanyi dan penulis lagu terkenal Yassin untuk mendalami kehidupan muslimin di merata tempat.
Dalam televisyen Liverpool masih tak banyak berubah seperti 11 tahun lepas, saya hidup untuk belajar di sana tahun 1995-1997. Liverpool adalah bandar warisan kerana terdapat 2500 buah bangunan lama yang terjaga untuk generasi akan datang. Terkenal dengan pelabuhannya terutamanya perdagangan hamba-abdi dan lain-lain bahan dagangan. Ianya sebagai pintu masuk utama impot-ekspot ke England dan Eropah pada kurun ke 18.
Sekarang pelabuhan Liverpool tidak digunakan lagi untuk pengangkutan bahan dagangan tetapi ditukar ke sektor pelancongan. Albert Dock telah ditukar kepada pusat pelancongan yang masyur.
Banyak daya tarikan yang menyebabkan Liverpool popular tapi itu bukan sebab pilihan saya belajar di sana. Antara daya tarikan yang lain ialah pasukan bolasepak liverpool, The Beatles, tempat bersejarah yang banyak. Saya akan ceritakan bila tiba masanya.

