Setelah lama tidak menulis di blog, saya bertekad untuk muncul kembali.
Tiga buah terdahulu sudah tersimpan di dalam memori sahaja. Ini blog ke-empat dengan
mengunakkan nama domain sama seperti nama saya sendiri, mungkin lebih berkat
Menulis blog adalah perkara yang saya benci 8 tahun dahulu. Seolah-olah menulis diari untuk semua orang membacanya.
Bukan lagi sekarang, blog telah menjadi senjata yang ampuh untuk pelbagai strategi hidup sesorang.
Tidak terfikir akal juga untuk menjadikan nama sendiri sebagai domain. Saya bukan orang pertama melakukannya. Bakal presiden dan bekas presiden Amerika juga melakukan perkara yang sama. Tidak ada janggalnya menggunakan nama anda sebagai domain. Mungkin faktor malu diketahui oleh umum atau nak menyorok di dunia maya sebagai batas.
Saya sudah berfikir untuk lebih terbuka dan berterus-terang agar nama blog ini dapat menjadikan saya lebih efektif dalam mengurus hidup saya dan tidak perlu berlindung dibalik nama samaran.
Selamat Membaca Tulisan Seterusnya
