Kisah 1
Jojo baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Imigresen Shah Alam supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Jojo naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Jojo mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Jojo terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Jojo tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Jojo berkata, “Kak…
Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”
Kisah 2
Jojo baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Jojo dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola. Keesokkan harinya, Jojo membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop itu yang sememangnya tahu akan kelurusan Jojo, cuba nak mempermainkan Jojo. Dia memberitahu, sekiranya Jojo meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Jojo pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Jojo meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Juwie… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu?” Jojo menjelaskan kepada Juwie bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.
Juwie menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!…hahhaaa
Kisah 3
Jojo merempuh masuk ke Perpustakaan Negara dan meluru ke meja pendaftaran. “Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!” jerkah Jojo.
“Ada apa, encik?” tanya pustakawan bertugas. “Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!” kata Jojo.
“Apa masalahnya?” tanya pustakawan itu lagi.
“Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!”
Pustakawan tersebut berkata, “Ahh… jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!”
Kisah 4
Jojo: “Juwie, sekarang dah pukul brapa?”
Juwie: “3:15 petang.”
Jojo: (dgn mimik muka kehairanan) “Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?”
Juwie: “Awat lak? Bila lak aku tipu hang?”
Jojo: “Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang hari jugak
la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama…”
