Kerosakkan OS (Operating System) komputer membuat banyak kerja online terbengkalai. Rosak yang boleh dibaiki dengan sendiri, tidak perlu hantar ke kedai. Hanya perlu luangkan masa memasang OS semula dan segala perisian termasuk pemacu perisian.
Sesiapa yang biasa memasang OS akan terperasan betapa lajunya komputer yang telah diformat berbanding sebelumnya. Pada pendapat saya dalam tempoh 1-2 tahun adalah masa yang sesuai untuk format komputer anda.
Antara tip utama pakar komputer ialah buatkan bahagian/ partition khas untuk OS, katakan 30-50 Gb jika anda OS Windows. Jadi bila OS rosak atau perlu format, anda tak perlu ganggu data dan perisian lain.
Jangan takut jika kali pertama melakukannya. Pengalaman pertama anda amat bermakna. Dapatkan pandangan kawan yang tahu tentang cara nak format komputer.
Antara sebab lain orang selalu format komputer ialah pening dengan virus yang tak boleh hilang walaupun dah cuba pelbagai cara. Anda juga akan terselamat daripada Malware dan keylogger.
