Ini hanya masalah sebutan. Pastinya semua tahu membezakannya.
Berwang maksudnya mempunyai wang. Satu ringgit juga bermaksud anda mempunyai wang.
Beruang adalah sejenis haiwan mamalia. Saya hanya kenal beruang koala, beruang polar, beruang malaysia dan beruang panda yang makan buluh tu.
Tulisan ini hanya nak promosi sesiapa yang ada berwang lebih sikit bolehlah memeluk beruang di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Kurang 2 jam dari Kuala Lumpur. Anda boleh memberi makan dan memeluk beruang madu yang jinak.
Memeluk Beruang Madu
Nama beruang di atas ialah HITAM. Agak jinak tapi dilarang mengetuk kepalanya.
Anda boleh pergi ke dua tempat berdekatan untuk melihat binatang liar iaitu Kawasan Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah (Perhililitan) dan Deerland (yang dipunyai oleh orang perseorangan). Kedua-duanya menarik dikunjungi.
Tengok gajah boleh mandi sekali kalau mahu, masuk percuma. Deerland bayar RM5 tapi berbaloi dengan hampir 20 jenis haiwan. Kanak-kanak pasti suka bermesra dengan haiwan-haiwan ini.
Tidak ada pengangkutan awam, kena bawa kenderaan sendiri. Kalau nak bermesra dengan gajah (makan dan mandi) datang pukul 2 petang. Waktu-waktu lain boleh tengok dalam kandang jer. Deerland buka 9 am-5.pm.
Selamat melancong di dalam negeri.


{ 1 comment… read it below or add one }
aku rasa ko lebih sesuai ke arah beruang..muahahahaha..cemoi
[Mesti Balas]
SYK Reply:
May 11th, 2009 at 5:06 pm
beruang yang berwang adalah yang terbaik
[Mesti Balas]