Duhai Olimpik Alahai Paralimpik

by SYK on 19 August, 2008

logo olimpik Duhai Olimpik Alahai Paralimpik

Olimpik Beijing sudah masuk kepertengahannya. Ramai athlit Malaysia sudah pulang dengan tangan kosong kenangan dan pengalaman. Syabas kerana berjaya menyertai dalam sukan yang terunggul di dunia. Selepas Olimpik 2000 tamat bermulalah pula Sukan Paralimpik Beijing 2008. Inilah kali pertama dalam sejarah Olimpik satu pasukan penganjur melaksanakan dua temasya sukan olimpik.

Sepertimana olimpik, paralimpik juga  ada pembukaan, penutup, acara sukan yang ada dalam olimpik. Bermula pada 6 hingga 17 September. Mungkin ada juga sukan yang ditiadakan. Nanti senang-senang saya cerita sedikit tentang Paralimpik Beijing 2008.

Saya berasa sesuatu yang tidak kena dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan, yang saya tonton dalam RTM1 dalam segmen sukan malam ini. Dia memberi ucapan semasa meraikan athlit paralimpik Malaysia yang akan bertanding nanti.

Kita tidak membezakan athlit paralimpik dan athlit olimpik. Mereka memberi sumbangan yang sama kepada negara.

Beberapa saat selepas mendengar ucapan beliau, pengulas TV memberitahu pemenang pingat emas HANYA mendapat RM300,000. Saya tak begitu mendengar ganjaran pingat perak dan pingat gangsa kerana hati terus tak bersetuju dengan begitu kontranya ucapan menteri dan pengulas TV tersebut. Menteri cakap tak ada beza, tapi ganjaran jauh berbeza.

Saya nak tunggu apa akhbar tempatan siarkan esok pula.

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Lihat Sini

{ 1 comment… read it below or add one }

1 zool 19 August, 2008 at 11:50 pm

Menteri Belia dan Sukan cakap sedap mulut je.
Sebenarnya memang ada perbezaan…

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: