Ir atau IM?

by SYK on 5 August, 2008

Niat untuk menjadi Ir. semakin kabur apabila saya kurang mempraktikan ilmu kejuruteraan setelah tamat belajar. Walaupun niat di hati memang nak jadi Ir. tapi mungkin rezeki ke arah lain rasanya.

blocuri constructie shutterstock Ir atau IM?

Apa beza Ir. dan IM?

Ir. taraf profesional, IM tak ada badan nak iktiraf sebagai profesional. Jadi apa masalahnya untuk menjadi IM jika poket penuh. Untuk menjadi Ir. bekas pelajar kejuruteraan perlu mendaftar dengan badan tertentu dan mempraktiskan ilmu mereka selama 4 tahun baru boleh ambil peperiksaan. Nak jadi IM dalam masa enam bulan pun boleh kalau rajin.

Banyak pro dan kontra Ir. dan IM kalau nak dibincangkan, janganlah semua nak jadi IM; nanti siapa pulak nak buat jalan, rumah, jambatan dan kereta. Itu semua kerja jurutera yang betul-betul nak membina sesuatu untuk umat manusia.

Artikel di bawah saya petik daripada akhbar online.

RAMAI ingin menceburi bidang kejuruteraan kerana prospek luas mampu diperoleh menerusi bidang itu selain tarafnya tinggi di mata masyarakat.

Kerjaya ini juga diiktiraf sebagai profesional dan mempunyai prospek cerah di kalangan majikan sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Secara amnya, kejuruteraan boleh didefinisikan sebagai satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Ia menggabungkan pengetahuan, matematik dan penga laman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses.

Kejuruteraan lebih mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah. Jurutera lebih berminat mengetahui cara menyelesaikan masalah secara logik dan praktikal berbanding mengetahui puncanya.

Dengan kata lain, jurutera mencipta jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.

Kerjasama dalam menyelesaikan masalah berkenaan perlu bagi memastikan penyelesaian mampu dicapai. Jurutera tidak boleh melakukannya seorang diri namun perlu bekerjasama dengan pekerja bidang kerjaya lain untuk menjayakannya.

Contohnya, Thomas Edison, (seorang saintis) mencipta fonograf. Beliau mengarahkan pembantunya iaitu jurutera membaiki alat berkenaan dengan membuang harmonik daripada hasil bunyinya.

Tugas umum jurutera dalam perindustrian adalah mereka bentuk sistem industri yang membabitkan sistem aktiviti manusia dan kawalan pengurusan.

Sistem yang dibentuk ini membabitkan susun atur aktiviti pekerja, menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja, menerangkan kaedah kerja lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran (output), kos masukkan (input), kos bahan keperluan pekerja dan penyediaan skim insentif.

Aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat.

Terdapat pelbagai cabang kerjaya dalam kejuruteraan, antaranya kimia, industri dan sivil. Biarpun fungsi dan cabang kerjayanya berlainan, asas kejuruteraannya sama iaitu me mastikan rekaan bentuk sesuatu objek atau proses mampu dilaksanakan.

Lembaga Jurutera Malaysia adalah antara badan profesional yang menaungi kerjaya kejuruteraan di negara ini.

Bagi mereka yang berminat mengikuti program ini, perlu mempunyai kelulusan cemerlang dalam subjek Sains Tulen, Matematik dan bahasa Inggeris.

Petikan Harian Metro

Related Blogs

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Lihat Sini

{ 5 comments… read them below or add one }

1 zaidi 8 August, 2008 at 8:11 am

tapi kalau jadi IR dan pada masa yang sama jugak jadi IM lagi best

[Mesti Balas]

2 SYK 8 August, 2008 at 5:53 pm

kalau macam tu…kayo pakcik

[Mesti Balas]

3 catzer 12 August, 2008 at 12:41 am

dulu akupun terkinja-kinja ngan title Ir. tu tp mungkin takde rezeki title IM terus melekat hingga skang.

[Mesti Balas]

4 dauz 17 August, 2008 at 9:17 am

sesiapa yang keluaran sekolah aliran teknikal mudah rasanya nak kejar cita2 Ir.. nie..
Kalau nak jadi IM boleh aje..sesiapa pun boleh jadi tapi itulah..pendapatan tak seperti mana Ir..tiap2 bulan ada gaji..
Mentaliti rakyatr Melayu perlu diubah dahulu :)

[Mesti Balas]

5 0125290019 22 April, 2009 at 4:40 pm

yay.. saya ir… indi rocker.. huhuh

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: