Menghadiri majlis yang tidak mengenali sesiapa bukannya mudah untuk seseoraang. Saya pernah 3 kali di masa zaman MIRC menghadiri “gathering”. Sekarang semuanya tak tahu ke mana. Hari ini WC buat perjumpaan, meriah dan saya dapat ramai kawan.
Penganjur minta maaf kalau ada kekurangan. Bagi saya tak de masalah; Doorgift cukup mengancam dengan beg, clear sticker dan t-shirt XXL. Makanan pun ok. Datang bukan nak makan, saya datang nak cari kawan bukan nak makan.
Saya duduk dikerusi semeja dengan Alang, Najib, Amanz, Usahawang, Mohd Amir, Badruzamani, Aril_rx. Kalau nak sebut satu kenalan memang ramai. Jika masa lebih panjang mungkin topik perbincangan dengan rakan-rakan baru akan menjurus kepada sesuatu.
Sempat juga beli buku baru Gobala Krishnan yang baru. RM25, kalau dikedai buku tak tahu berapa. Baru dikeluarkan bulan Julai 2008.
Hampir semua yang datang menyiarkan gambar beramai-ramai mereka yang hadir. Saya pula menyiarkan gambar jurufoto yang dihadapan kami. Kesian jurufoto tak de gambar….muhahahaha
Harap lepas ni banyak yang ada backlink dengan saya nanti. Selamat berkenalan semua.



{ 6 trackbacks }
{ 4 comments… read them below or add one }
Semuanya bergembira ek…
Tahniah le…………
[Mesti Balas]
Bagak, tak sempat berbual dengan kao, nanti lain kali kita jumpa!
IM ramai sangat ….. masa lak terlalu singkat ….
[Mesti Balas]
Hehe.. Akhirnya ku temui juga dengan Encik Bagak ini.. Huhu.. Memang sangat ceria abg syed nih..
[Mesti Balas]
nak ikut jugak laaa gi gathering… eh dah habis daaaa… lain kali laaaa…
[Mesti Balas]