Ini adalah kisah benar…
Lokasi – Karnival Kerjaya & Keusahawan Graduan 2010 PWTC 14-16 Mei.
Anjuran – Kerajaan Malaysia & Jobstreet.com
Sebelum kisah benar dipaparkan lebih baik kita rasa suasana pesta kerja ini. Ini adalah antara pesta pencari kerja yang saya kira meriah. Selain untuk pekerja yang hendak bermula, Mahupun pekerja-pekerja yang sudah lama bekerja (yang ingin bertukar kareer).
Tujuan saya ke sana adalah untuk melihat pasaran kerja tempatan dan peluang kerja terbaik. Pembahagian sektor di Dewan Tun Razak 1 juga amat sesuai (anda kena lihat atas untuk papantanda sektor yang sesuai). Selain itu menambah kawan baru dan pengetahuan tentang industri yang wujud di Malaysia.
Ya, memang bagus berjumpa dengan para HR dalam pelbagai peringkat pengalaman. Antaranya:-
Siti Aisyah dan rakan2 – Rapidkl – boleh gelak2 sebab kawan lama
Norlidah – Opus – ini peluang kerja menarik
Hj Muliawadi – Serba Dinamik – cukup info tentang syarikatnya
Azziyati Abdul Rahman- Pulse – kena daftar sebab “survey online” Malaysia
Kevin – Finisar – cukup faham tentang produk syarikat
Wakil HR – STATC Chip PAC -baru kerja 2-3 bulan
Wakil CMA CGM – Syarikat perkapalan ketiga terbesar
Wakil Alam Flora – tahu tentang perkembangan terkini syarikat
dan ramai lagi yang yang tidak boleh berbual-lama
Ada yang memang tahu operasi syarikat mereka, ada yang buat-buat tahu. Ada yang pandai berkata-berkata, ada yang lidah kelu. Ada boleh buat kelakar, ada yang serius.
Salah satu wakil HR yang paling tak profesional saya jumpa ialah di sektor perkilangan. Syarikat membuat panel solar. Seorang lelaki berkaca mata yang saya kira “senior HR”. Saya memulakan berbicara dengan bersalam dan menyebut nama. Dia tidak pun menyebut nama dia sendiri. Saya bertanya “Encik dari HR department”. Dia jawap ya. Kerana ingin tahu tentang tenaga hijau yang kerajaan gembar-gemburkan, saya pun bertanya ada banyak kilang panel solar di buat di Malaysia. Dia pula bertanya berapa banyak? Mungkin 2 atau 3 saya jawap. Saat ini saya sudah merasakan dia tidak berminat melayan perbualan ini.
Bila bersoal-jawap matanya tidak pandang saya, tidak pula bangga dengan syarikatnya sendiri dengan memberi beberapa maklumat yang penting seperti HR lain. Tiba-tiba sahaja semasa saya sedang bercakap dia menegur dua gadis pencari kerja yang baru nak tengok2. Tanpa ucapan minta maaf atau apa-apa untuk memendekkan perbualan. Amat kurang ajar saya rasa.
Saya melangkah longlai (nasib baik tak bawa kamera). Adakah syarikat tersebut tersalah mengambil HR atau dia memang mencari gadis-gadis sahaja untuk dilayan!!
Datanglah ke karnival esok, inilah masa untuk anda bersoal-jawap dengan HR. Selalunya HR sahaja yang bertanya pada anda


{ 4 comments… read them below or add one }
mcm2 ek hehe
[Mesti Balas]
Cukup tak suka orang macam tu. Gaya pekerja bawahan melebihi gaya seorang tauke besar. Sungguh menjengkelkan
[Mesti Balas]
betullah tu.. mungkin HR tu nak cari awek2 je keje kot
[Mesti Balas]
Ini biasa berlaku masa aku dok cari keje dulu, kebanyakkan HR ada yg cerita gebang jerk lebih..yg pilih bulu jgn ckplah..aku tak kisahpun sbb 10 thn dr skang org mcm ni kalau jadi Senior HR pun tak guna sbb tak pandai menjaga nama baik company..sekadar dibyr gaji tiap2 bulan cukup dah pada depa ni.
[Mesti Balas]