Kita biasa mendengar “horse power” (HP) pada kereta atau pendingin hawa. Pandai sebut tapi kurang pasti maksud sebenarnya. Orang sebut kita pun nak sebut.
Mari kita uji kekuatan kuasa pada kuda. Sejarah “HP” ini bermula apabila jurutera engin stim ingin memberi satu bandingan pada kekuatan enjin yang mereka cipta. Setelah membuat ujikaji dengan pelbagai jenis kuda, kata sepakat untuk menggunakan kuasakuda sebagai rujukan sehinggalah pada masa sekarang.
Namun demikian mengikut International System of Units (SI) nilai definasinya berubah antara 735.5 dan 750 Watt. Ini bergantung pada keadaan atau peralatan yang digunakan. Namun demikian perbezaan yang sedikit itu tidaklah menyusahkan.
Biasanya untuk membeli “split unit air-con” untuk kegunaan di rumah, keluasan bilik diambil kira. Jika bilik itu luas, kuasakuda pendingin hawa tersebut perlu ditambah untuk mendapat hawa dingin yang optimum.
Pada bangunan yang guna perkongsian hawa dingin melalui satu sumber, kiraan telah buat dengan pelbagai aspek termasuk keluasan ruang untuk menggunakan Air Handling Unit(AHU) yang mempunyai kuasakuda besar.


{ 6 comments… read them below or add one }
Very interesting article, thanks. Keep up the good work.
[Mesti Balas]
tak faham nak bc SI tu huhu
[Mesti Balas]
Orang awam tak perlu faham pun SI. Tak de faedah pun hafal SI tu.
Ianya amat penting pada para akademik dan pereka sistem kejuruteraan.
[Mesti Balas]
bercakap pasal air-con ni, teringat plak pasal elektrik yang digunakan. tak silap sy, jika menggunakan kuasa kuda yang lebih besar. maka penggunaan elektrik sewaktu untuk menghidupkan air-con itu juga besarkan? betul tak?
[Mesti Balas]
o0o..memang ada kene mengena dengan kuda la yea.
[Mesti Balas]
nama pun kuasa kuda tentulah ada kena mengena
mereka tak namakan “kuasa gajah”!
[Mesti Balas]