Komunikasi bererti menghantar infomasi antara dua pihak atau lebih menggunakan perantara (medium) yang tertentu. Tiada erti komunikasi sebelah pihak sahaja, ia mesti disambut oleh pihak yang satu lagi.
Komunikasi moden menggunakan elektronik sudah digunapakai oleh semua orang. Saya suka mengenang kembali komunikasi yang saya guna semenjak kecil kecil hingga kini.

Mula-mula dah tentulah surat yang guna Pejabat Pos (sekarang nama baru Pos Malaysia). Pada masa yang sama saya gunakan Jabatan Telekom (Telekom Malaysia nama baru- dah berapa kali tukar nama).
Pertama kali dengar perkataan “email” ialah tahun 1993. Itupun daripada kawan yang belajar di USA. Meloponglah kejap dengan penjelasan dia. Antara soalan yang masih saya ingat, “Kalau hantar email, berapa hari boleh sampai?” hahahha
Tahun 1995 bermulalah revolusi komunikasi dalam hidup saya. Bermula dengan webmail (Hotmail, akaun itu sampai sekarang masih aktif) dan juga email universiti. Seterusnya IRC, MIRC, YM & MSN. Beza IRC dengan MIRC ialah IRC menggunakan Telnet atau sistem macam DOS/ LINUX, manakala MIRC guna perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey. Senang nak guna sebab sistem berasaskan Window.
Komunikasi moden saya dilanjutkan juga dengan VOIP, sebelum menggunakan Skype; saya pernah juga guna beberapa perisian lain. Skype masih utuh dengan kualiti suara yang mantap.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini komunikasi moden saya bertambah dengan Google Talk, Twitter, Blog, Facebook dan beberapa social media yang lain. Ianya bertambah dari sehari ke sehari. Namun tidak bererti kena guna semua. Tengok pada keadaan dan kehendak semasa sahaja.


