Mengetahui dan mendalami kedua “hantu” social networking memang menjadi kegiatan utama sejak 1-2 bulan ini. Ianya bukan sekadar chit-chat tetapi lebih kepada keadah cuba-jaya untuk faham kenapa Twitter dan Facebook menjadi kegilaan ramai. Frienster dan Myspace saya ada akaun tapi tak berapa minat. Lagipun letih nak buat semua dan tidak fokus.
Antara aspek utama yang menjadi kajian saya ialah bagaimana keduanya boleh menjadi senjata utama pemasaran. Boleh juga dikatakan senjata nak buat duit di online. Sememangnya keduanya boleh duit kalau kena gayanya. Saya juga berusaha untuk faham bagaimana ianya boleh menolong bisnes offline untuk promosi dan pemasaran.

Walaubagaimanapun untuk golongan yang bukan mencari duit dengan bisnes online Twitter dan Facebook boleh berfungsi sebagai alat pemasaran yang juga berkesan dan murah. Bisnes offline juga memerlukan kos promosi. Kos promosi ini dapat dibuat di internet yang mana bakal pelanggan adalah sangat besar.Kalau kita ingin rapat atau menjaga hati pelanggan, komunikasi percuma itulah yang ditawarkan Twitter dan Facebook.
Namun demikian bukan semua syarikat offline yang menyediakan pekerja untuk “tweet” atau “share” aktiviti syarikat secara formal. Banyak syarikat menyediakan internet, ramai pekerja ada akaun twitter dan facebook; kekangannya ialah tidak boleh sebrono menghantar teks formal bagi pihak syarikat. Mungkin hanya P.A boss sahaja yang layak untuk “tweet” atau IT Department.
Keadaan menjadi lebih buruk jika Boss besar juga tidak berminat untuk mempromosi secara online. Maka program-program syarikat kurang mendapat sambutan daripada pelanggan dan bakal pelanggan. Banyak senario yang ingin saya ketengahkan tapi blog akan menjadi seminar pula nanti.
Kepada syarikat (kecil@besar), walaupun anda tidak aktif online. Perkara utama ialah dapat username atau ID akaun Twitter dan Facebook dulu sebelum terlambat. Agar ianya tidak diambil orang; yang mana itu adalah JENAMA anda sampai akhir hayat bisnes anda.
p/s untuk mendapat tips promosi Facebook dan Twitter hubungi saya – Pengerasnya boleh runding…hahhaha
