Kadar Penetrasi Internet

by SYK on 16 November, 2009

kadar penetrasi internet

Membaca temubual Utusan Online dengan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa terasa Malaysia akan memacu laju dalam internet tak lama lagi.

Malaysia mungkin dapat memintas Singapura mahupun Hong Kong dalam pelbagai capaian internet. Perbandingan sihat dengan negara-negara yang maju internet adalah bagus supaya kita selalu bersaing.

Antara data yang menarik dipetik ialah :-

Mengikut laporan Bank Dunia, bagi setiap peningkatan pencapaian Internet sebanyak 10 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara akan meningkat sebanyak 1.3 peratus.

internet user

Statistik di atas menunjukkan beberapa fakta yang menarik dalam membanding penggunaan internet di negara Asia.

Fakta:-

1. Peningkatan pengguna yang tertinggi (tahun 2000-2009) adalah negara Afganistan, mungkin sebab ramai askar Amerika di sana yang perlu berkomunikasi dengan keluarga di kampung halaman.

2. Pengguna teramai internet adalah dari negeri China.

3. Peratusan pengguna berbanding dengan jumlah penduduk juga dari negeri China.

4. Malaysia adalah negara ke-5 kadar kebolehupayaan penetrasi internet kepada rakyatnya selepas Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

5. Walaupun jumlah penduduk berbeza hanya 200 juta, penduduk India masih ketinggalan dalam banyak aspek berbanding dengan China. Contohnya kadar penetrasi internet, pengguna internet dan peningkatan pengguna.

Masih banyak lagi fakta yang boleh dirungkai, cukuplah kalau dapat menilai kekuatan Malaysia menghidupkan internet sebagai faktor penentu ekonomi.

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Lihat Sini

{ 2 comments… read them below or add one }

1 catzer 17 November, 2009 at 10:07 am

aku berani ckp kalau internet kita mempunyai kelajuan yg superb kita boleh mengorak langkah lebih jauh dlm outsource job from international market..huhu tp sygnya internet malaysia mmg lembab.

[Mesti Balas]

2 SYK 17 November, 2009 at 10:55 am

aku pulak berani “POTONG”….memang banyak peluang kerja akan wujud dengan kelajuan internet “world class”

nanti aku cari bahan buat entri

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: