Menjawat jawatan sebagai Profesional Job Seeker tidaklah mudah. Banyak masa dipenuhi untuk meneliti jawatan yang sesuai. Semua orang pernah merasa memohon kerja mereka yang pertama. Kecuali anak orang kaya yang dapat kerja melalui syarikat keluarga.
Sudah hampir 3 bulan saya berada dalam jawatan di atas. Perlu tabah dan mempunyai diri yang kuat. Jangan putus asa dan terus mencari. Rezeki ada di mana-mana.
Zaman sekarang mencari kerja kosong tidak terhad kepada iklan surat khabar sahaja. Internet adalah medium utama. Selain jobstreet & ejobs, mudah.my adalah laman utama saya.
Perkerjaan tradisional juga sudah diklankan di laman web juga sekarang. Sungguh mudah mencari kerja sekarang, cuma belum ada rezeki.
Kalau berminat kerja kosong di bawah sila layari Mudah.my. Semua kelengkapan disediakan, pengalaman diperlukan dan gaji lumayan.


{ 2 comments… read them below or add one }
nelayan sudah maju sekarang
[Mesti Balas]
Betul tu, nelayan mesti ada GPS untuk cari lubuk ikan
Nelayan juga mesti ada broadband di tengah lautan untuk dapat berita terkini.
[Mesti Balas]