Dalam dunia internet, muat turun(download) dan muat naik(upload) adalah istilah yang mesti difahami. Untuk mengambil dokumen (files) daripada pelayan (server) kita perlu muat turun.
Industri internet yang semakin berkembang menyebabkan suatu aktiviti tercipta yang tidak kurang menariknya. Ramai yang mengilai aktiviti ini iaitu memuat turun dokumen. Dokumen ini ada pelbagai bentuk; pdf, musik, wayang gambar, cerita tv, ebook dan macam-macam lagi.

Bukan hanya di Malaysia, hampir disegenap sudut dunia yang disambung internet mengemari aktiviti ini. Dahulu mungkin agak sukar mencari pusat/ pelayan yang menempatkan kesemua dokumen tersebut.
Sekarang hanya taip torrent atau warez…..nah semuanya tersedia di depan mata. Pilih sahaja.
Jika berminat pada torrent, anda memerlukan perisian yang dipasang dikomputer seperti Bittorrent, Vezu atau Utorrent. Jika guna warez tak perlu perisian tetapi kebanyakan dokumen di warez dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil.
Selalu istilah download ini diganti dengan perkataan “sedut” untuk lebih memudahkan mulut menyebutnya.
