Pengumuman Jalenas untuk menanam kabel optik bagi kegunaan internet di Malaysia amat kita hargai. Janji TMNUT TMNET untuk mencuba kabel optik di suatu kawasan perumahan kaya pada tahun 2007 tak nampak apa-apa laporan pun. 4 Ogos di Kuantan, akan bermulanya beberapa syarikat dengan kerjasama gergasi kabel optik iaitu Ericson.
Ini akan menjadi detik sejarah apabila kelajuan internet di Malaysia mencapai 100Mbps (Mega bits per second) secara serentak. Muatturun dan muatnaik kelajuannya sama.
Sebelum dihuraikan secara teknikal, elok kita bandingkan kabel optik di Malaysia dengan bebererapa tempat di dunia ini.

Mula menanam kabel optik sejak awal tahun 2009 untuk kegunaan 10,000 rumah. Tujuan utama – internet.
Liverpool
Sudah ada kabel optik semenjak tahun 90′an. Tujuan utama ketika itu hanya untuk stesen tv kabel. Senang dilanggani kerana liputan kabel itu agak meluas. Telah diperluas penggunaan dengan VOIP dan jalurlebar internet.
Australia
Baru mengumumkan USD$31 bil. untuk jalurlebar nasioanal mereka untuk rangkaian hubungan satu pulau itu. Walaubagaimanapun mereka sudah lama menikmati jalurlebar berkelajuan tinggi di bandar-bandar besar meraka.
Korea Selatan
Memperuntukan USD$24bil sehingga tahun 2012 untuk rakyatnya mendapat akses kelajuan internet 1 Gbps. Lebihkurang 12 saat untuk muat turun video 120 minit. Kelajuan sekarang 100Mbps. Jadi jangan cuba bermain action games dengan mereka.
Malaysia
Malaysia telah lama ada fibre optic backbone sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tetapi penggunaannya tidak meluas sehingga ke rumah-rumah. Seperti yang semua tahu kita masih lagi selesa dengan 1Mbps (kebanyakan pengguna). Maksimum 4Mbps untuk individu yang kaya.
“Kita masih bernasib baik berbanding negara-negara lain” kata seorang ahli politik
![]()
Siapa tahu kadar penetrasi jalurlebar di Malaysia?
Kadar penetrasi jalurlebar negara di dunia (laporan Jun 2009)
- South Korea (95%)
- Singapore (88%)
- Netherlands (85%)
- Denmark (82%)
- Taiwan (81%)
- Hong Kong (81%)
- Israel (77%)
- Switzerland (76%)
- Canada (76%)
- Norway (75%)
- Australia (72%)
- Finland (69%)
- France (68%)
- United Kingdom (67%)
- United Arab Emirates (65%)
- Japan (64%)
- Sweden (63%)
- Estonia (62%)
- Belgium (62%)
- USA (60%)
Kita doakan kejayaan JALENAS untuk melaksanakan FTTH – Fiber to the Home.

{ 6 comments… read them below or add one }
Syarikat bernama Optical Communication Engineering Sdn. Bhd. telah berbulan-bulan menawarkan Fiber to the Home (FTTH).
http://www.sentralfon.com.my/residential.html
Jadi apa yang bakal berlaki di Kuantan bukan perkara baru.
Kadar penetration Malaysia pada kadar 27%.
[Mesti Balas]
Tq dengan info tersebut. Untuk pengetahuan gambar front page website itu adalah tempat tinggal saya. Saya telah bertahun memikirkan untuk mengambil pakej tersebut, cuma belum terbuka hati.
Ianya menjadi perkara baru kalau betul2 menawarkan 100Mbps.
[Mesti Balas]
harap2 internet kat malaysia ni bertamabh baik
[Mesti Balas]
Harap jalur lebar internet kita semakin baik. Betambahnya persaingan bakal mewujudkan peningkatan dari segi kualiti dan servis, berbanding jika hanya ada monopoli.. harap begituah hendaknya.
[Mesti Balas]
kita memang jauh ketinggalan kebelakang dari… mungkin tak ada duit pasal abis kat pilihanraya je… hahaha gurau2 je
[Mesti Balas]
games monopoly tu bagus, tapi monoploy dalam bsines tidak bagus untuk pengguna
pilihanraya sepatutnya tak perlu duit yang banyak kalau ikut Akta Pilihanraya yang betul
[Mesti Balas]