Sambungan entri sebelum ini, saya amat sedih bila membaca di email, forum, laman web atau blog orang yang menggunakan bahasa SMS. Apakah sudah terlalu malas untuk menaip perkataan dengan penuh? Saya ada juga menerima pertanyaan di email dengan bahasa SMS, pendek sahaja jawapan saya ” Maaf saya tak faham”
Kita tidak boleh salahkan SMS kerana terikut-ikut untuk memendekkan perkataan. Sememang bahasa SMS perlu pendek untuk menjimatkan jumlah aksara. Ianya sudah dipersetujui oleh semua syarikat komunikasi untuk menghadkan jumlah aksara. Ianya mungkin untuk mengoptimakan kos dan aliran data agar tidak rugi pada syarikat dan memudahkan pengguna.

Jumlah had aksara
SMS 160 aksara
Twitter 140 aksara (kena tanya pencipta twitter kenapa hanya 140 aksara)
Blog/ Web tanpa had
Kenapa tidak patut menggunakan bahasa SMS selain pada telefon bimbit? Sebab ianya menyusahkan pembaca untuk mengagak apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Di telefon, penerima hanya seorang tetapi di blog,web dan forum pembaca adalah ramai. Janganlah untuk memudahkan anda menaip tetapi menyusahkan orang ramai yang membaca.
Jika anda lihat forum Bahasa Inggeris, amat jarang mereka menggunakan perkataan-perkataan yang dipendekkan. Tolonglah marilah kita memudahkan pembaca dengan perkatan yang lengkap agar hidup ini lebih mudah dan ceria.

{ 3 comments… read them below or add one }
Orang suka bahasa rojak sebab senang, lagi pun guna bahasa buku lambat dan nampak mcm masih zaman Hang Tuah, tu kata bebudak sekarang ler
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 5th, 2009 at 12:45 am
bukan masalah bahasa rojak tapi perkataan yang sukar dibaca
[Mesti Balas]
mungkin mudah bagi mereka menggunakkan bahasa rojak kot.
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 5th, 2009 at 12:46 am
bahasa rojak sebenarnya sudah lama digunakan
cuma bahasa SMS baru dalam 10 tahun
[Mesti Balas]
Orang kita terlalu mengambil mudah dalam pelbagai perkara…
[Mesti Balas]