Menunggu idea datang untuk menulis, saya menonton Berita TV3 1.30. Biasanya iklan yang bergerak di bawah saya baca juga walaupun lajunya macam keretapi KTM senandung malam. Apa cerita panas?
Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan anak syarikatnya.

Bila BNM siasat, faham-faham jer… Semua aktiviti syarikat dibekukan. Pekerja-pekerja syarikat pun resah gelisah (takut gaji tak bayar atau kemungkinan dibuang kerja). Itu yang kena pada syarikat tersebut, bagaimana pula pengedar, agen, pelabur atau sesiapa yang ada kaitan dengan produk syarikat tersebut?
Jawapannya sama juga, tidak boleh berurus niaga sehinga siasatan selesai. Bila nak selesai? Hanya ALLAH yang tahu. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas apabila Bank Negara Malaysia masuk campur, anda hanya boleh berdoa banyak-banyak sahaja. Tidak ada jawapan yang sesuai untuk diberikan.
Saya dari dulu lagi meragui sistem dan produk yang cuba diketengahkan. tambah-tambah lagi saya bukan suka sangat sistem MLM yang belum terbukti dan disahkan walaupun siapa Pengarah Urusan dan CEO syarikat tersebut. Logikkah tanah liat dijual dengan harga sebegitu?
Sesiapa yang melabur dan telah dapat untung berkali ganda, kira baguslah. Sesiapa yang melabur tapi tak ada untungnya…anggaplah tiada rezeki lagi. Kita cari jalan lain untuk dapat rezeki.
Walaupun sudah banyak perbincangan, penerangan, peringatan tentang sistem pelaburan yang meragukan, masih ramai yang buat tak indah. Semoga rakyat Malaysia akan cepat belajar untuk tidak tertipu lagi. Kalau nak tambah pendapatan atau kaya biarlah dengan cara yang betul.

{ 28 comments… read them below or add one }
Aduhai badan… aduhai nyawa…
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 23rd, 2009 at 4:35 pm
macam cerita P.Ramlee jer
[Mesti Balas]
saya ahli cbc pada saya rata2 manusia semua nak senang orang kita hanya pandai komen saya konteraktor kerugian 10000k tapi jika anda ada formula sila sebarkan untuk menjana ekonomi tk
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 24th, 2009 at 9:45 am
Saya ada formula tapi mungkin susah nak ikut kalau nak cepat kaya
Ilmu + Usaha + Fokus = Senang Lenang
cuba pergi sini http://www.wangcyber.com/
banyak ilmu boleh ditimba di situ
Walaubagaimanapun saya masih kekurangan salahsatu unsur di atas
[Mesti Balas]
Asia Ceramic menjalankan perniagaan secara trading dan francais bukannya sistem pelaburan @ MLM seperti didakwa kebanyakan orang. Apa yang berlaku di Malaysia sejak dulu lagi, apabila ramai melayu yang mula boleh pakai kereta mewah pasti akan ada cubaan menjatuhkannya. Telah banyak kerugian demi kerugian dialami oleh kaum melayu hasil tangan BNM…Kerajaan sendiri pun mungkin juga terlibat..apa2 pun kita tunggu apa keputusannya. Allah Maha Mengetahui.
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 24th, 2009 at 9:50 am
Betul tu, ramai orang melihat BNM ini penutup pintu rezeki.
Jadi berhati-hati bila nak masuk pintu rezeki yang mana satu agar tidak dicurigai oleh BNM. BNM mepunyai deria yang kuat bila membuat kerja-kerja mereka.
Kita doakan agar peniaga di Asia Ceramic memperolehi kembali hasil jual-beli mereka secepat mungkin.
[Mesti Balas]
Masuklah MLM yang prospek nya bagus dan yang penting halal macam DCL yang saya masuk ni. Yang paling penting apa2 MLM pun kena check tiada unsur penipuan.
[Mesti Balas]
shahrul Reply:
July 25th, 2009 at 11:15 am
Setuju. Aku join HPA. Produk pun ok, di jaga status halalnya.
[Mesti Balas]
tidak ada yg sempurna dalam dunia ini.kalu nak niaga,wat cara niaga.jual air tepi jalan pun leh dapat 300rm sehari.lagi halal.tak yah le main pogram2 dari netwoking lagi.bila dh senang sikit,bnm dtg serbu.niaa tepi jln majlis bandaran je yg serbu,byr denda,sok niaga lg.yg penting halal.
[Mesti Balas]
Hrm.. itulah yang sering berlaku. Research memang penting ketika membuat sesuatu pilihan. Juga kena peka terhadap khabar-khabar berkenaan tindakan BNM. Sekurang-kurangnya boleh bertindak lebih awal.
[Mesti Balas]
saya tidak faham konsep mereka ni bagaimana.
[Mesti Balas]
Saya dah agak mesti Asia Ceramic ni kena balun ngan BNM satu hari nanti. Sebenarnya saya pun terfikir. Kita beli produk ceramic pada harga 3800, dan diorg beli balik pada harga 4500. Secara asanya, ini bermakna kerugian pada Asia Ceramic. Dan jika diorg beli balik, ke mana produk tu pergi?
Katakan ada 1000 org beli, dan Asia Ceramic beli balik 1000 produk tu pada harga RM700,000 lebih tinggi (RM700 x 1000).. macam mana nak untung?? Then katakan 1000 produk tu wujud secara fizikal, ke mana perginya produk2 tu? Kalau 10,000 org jual balik maknanya ada 10,000 produk dibeli balik, ke mana semuanya pergi?? Dari mana datangnya modal nak cover kerugian belian balik tu..???
Kat situlah timbul keraguan yang munasabah. Bila ada unsur2 yang tidak jelas dalam urusniaga, ia boleh jatuh hukum haram. Saya tidak arif tapi berdasarkan pemikiran saya je.
Plan pemasaran dia mmg nampak bagus, tapi slagi ada unsur2 cari downline dapat komisen, maknanya ada la ciri2 MLM.
Dapat cek 3 kpg (atau 2) tapi postdated.. maknanya pendapatan kita takde jaminan pun.. just nampak yakin sebab dapat cek skaligus.. walhal ianya takde nilai selagi belum sampai tarikh cek.
Lastly, rasa x percaya. Ada ke set seramik harganya sampai 3800???
Asia Ceramic dpt anugerah.., maybe utk bisnes jual seramik yang sebenarnya tu, bukan jual dan beli balik seramik daripada pendeposit.
Banyak sgt dah yang terkena. Bank dan institusi kewangan lain mesti happy, kalau tak diorg punye akaun mesti susut sebab pelanggan keluarkan dan masuk CBC yg lebih lumayan pulangannya!
Itulah ceriteranya antara bank, BNM, Asia Ceramic dan rakyat Malaysia yang hanya mahukan kehidupan yang lebih selesa di tengah2 keperitan hidup yg menggila ni….
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 28th, 2009 at 2:01 pm
Ramai yang dah nampak keraguan tersebut.
Tetapi ramai juga yang tertipu..
[Mesti Balas]
qwerty Reply:
July 29th, 2009 at 5:21 pm
awak yg x paham sistem cbc ni. jangan main hentam je. memang la xde 1 produk seramic harga sampai rm3800. tapi cuba kumpul banyak2, sampai la rm3800. da nama pun 3 in 1 set. cendol pun kalau jual 1000+ unit dapat gak cecah harga rm3800. ada otak x nak pikir betul2. aparaa
pasal camne cbc buat untung tu, awak memang x paham langsung. pastu lg skali nak hentam cbc. da nama pun post dated cheques. mesti la cbc buat profit awal2 dari duit yg dterima atas pembelian produk2 ceramic drpd ahli2. bila da dpt profit, baru ada duit nak beli balik produk tu n dbayar secara ansuran. ni pun x boleh pikir ke? awak ni ade asas bisnes x b4 maen komen n hentam2 syarikat ni?
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 29th, 2009 at 7:07 pm
Betul tu…kenapalah BNM tak fikir panjang. Suka-suka jer serbu CBC. Banyak peluang rezeki tertutup.
Sama juga dulu BNM serbu Jai Network, BuluhMas..Pak Man Telo. kalau tidak ramai orang melayu dah jadi jutawan tanpa guna fikiran yang tinggi. Mana yang boleh buat duit CEPAT itu yang orang Melayu cari.
[Mesti Balas]
faizal Reply:
August 6th, 2009 at 9:32 am
camana bank negara tak tutup, sbb requirement utk menjalankan perniagaan nie tak betul..lesen yang cbc ada hanyalah lesen utk mendapatkan nama syarikat je..tapi perniagaannya tidak mempunyai lesen yg betul…menurut kphdn, perniagaan yg menerima deposit dari org lain dan mempunyai barangan yg ingin dijual perlu didaftar di bawah akta jualan langsung…so kepada qwerty lain kali semak dulu latar belakang syarikat, then tgk dulu adakah sah di sisi undang2…lain kali nak buat biz or labur ker or what ever jgnla nampak boleh dapat duit banyak terus je masuk…lain kali study dulu k..saya setuju dengan komen DiR…tiada benda yg mudah tanpa usaha…fikir2kanlah…
[Mesti Balas]
tak adil lah cakap ini dan itu… saya rasa punca segala masalah ni ialah masalah tak cukup wang. Ertinya tak cukup gaji. Rata2 yg join CBC ni ialah mereka yg berpendapatan sederhana. Golongan ni perlu lebih wang untuk menampung kos hidup yg semakin meningkat. Dan biasanya mereka join. Saya rasa jika kerajaan bagi gaji RM5k sebulan , saya rasa orang tak akan join benda ni jika ia ternyata “pelaburan haram”/ atau pemungut deposit atau apa saja istilah yg tak terdapat dalam kamus BNM.
saya sendiri join CBC, dah 12 bulan… sistem diorang memang lancar… dan setahu saya , tak juga saya kaya raya… apa yg menarik dalam sistem diorang ni ialah ahlinya di beri peluang berbelanja di GIANT, PARKSON etc.; selama saya kerja dgn kerajaan saya tak pernah beli belah dgn keluarga dgn wang melebihi 1 ribu dalam satu masa. Biasanya, seratus atau 2 ratus. Tetapi, bila saya join CBC, bole beli apa yg kita nak… biasanya 2 hingga 3 troli… sebulan sekali kadang2 2 kali dalam sebulan. So, dgn tertutupnya CBC, corak berbelanja pun kembali normal lah, beli ala siput siput ja… saya rasa “manusia ni saling bergantung” antara satu dgn yg lain. Pendek kata bila CBC kena gam oleh BNM, pintu rezeki pasaraya2 yg terlibat pon berkurang, income kita pon berkurang, orang2 yg bekerja di Asia ceramic di Ampang pon terjejas…
dan yg lebih menyanyat hati wang drp nahli kelab CBC di ambil begitu saja oleh BNM, manakala CEO CBC berpotensi di denda jutaan ringgit… tetapi BNM tak nampak kebaikan daripada operasi mereka seperti adanya sumbangan khiriat kematian kpd ahli yg meninggal, atau derma ikhlas drp ahli2 CBC untuk beli komputer di sekolah di pedalaman.. yg ini biasanya BNM tak nampak…yg diorang nampak ” ialah semua yg berbentuk negatif”… so, berdosalah org yg menutup pintu rezieki orang…, saya join CBC bukannnya di paksa, atas kemahuan sendiri. Kalau di pandang dari sudut agama, kebanyakan orang mengatakannya “halal”, dan pada masa yg sama org katakan “haram”, tetapi saya tengo ramai leader2 CBC ni orag melayu, saya sendiri pon join dgn SYAFA… sepatutnya kena bersyukur lah…
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 29th, 2009 at 7:13 pm
Ini dinamakan ekosistem ekonomi. Keseimbangan terjejas kerana ada unsur asing yang cuba masuk dalam ekosistem ekonomi.
Maka adalah penolakan daripada sistem yang sudah lama stabil.
Mungkin ada cara yang lebih efektif/ normal untuk memperbaiki ekonomi diri sendiri dan keluarga tanpa mengacau ekosistem ekonomi negara.
[Mesti Balas]
haritz Reply:
July 30th, 2009 at 12:17 pm
Halal itu sangat luas. Tafsirannya nampak mudah tapi payah. Mana yang halal? MLM agak2 halal tak? Aku tak nak komen nanti org marah, tp cuba bukak skit kitab2 tasauf apa itu halal. Noktah.
[Mesti Balas]
org kalu dh taksub ngan ssuatu prkara mmg xngaku sma ada bnda 2 btul @ slah…
pndek kt sy b’syukur xmsuk ceramic club ni…
rmai gk mmber2 yg invite…
[Mesti Balas]
lebur dahh.heeeeee
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 31st, 2009 at 4:50 pm
lebur dan labur sesuatu yang dekat di hati jauh di mata
[Mesti Balas]
seram mek dengarnya…. mana tak nya ada yang labur lebur… puluh ribu… anggap dermaje ler..x yah nakpertahankan cbc tu.. wakakakakaka
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 8th, 2009 at 9:42 pm
boeh buat cerita seram camtu
[Mesti Balas]
Dakwaan yang mengatakan tak boleh tengok orang melayu mewah pakai kereta besar adalah palsu semata-mata. Cuba lihat berapa ramai orang melayu yang mewah, mengapa BNM tak siasat ? Mengapa BPR tak siasat ? Sebabnya mudah. Mereka mengamalkan perniagaan yang bersih, halal dan tidak meragukan.
MLM sebenarnya bukanlah salah bahkan sah di sisi syara’ dan juga undang-undang negara.
Tetapi konsep MLM telah disalahguna oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan konsep MLM yang tulen telah tercemar.
[Mesti Balas]
SYK Reply:
July 31st, 2009 at 4:51 pm
banyak cara lain nak kaya, bukan dengan menipu orang
kaya di dunia tak semestinya kaya di akhirat
[Mesti Balas]
Nampaknya tiada sebarang khabar dari Asia Ceramic..web pun dah gelap..
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 5th, 2009 at 12:44 am
tunggu hari selasa…
[Mesti Balas]
ya betul. web nampak putih je…bukan web hitam, nak tunggu ceramic ni hidup… susah !!!!. Realitinya, tidak ada dlm sejarah yg terlepas daripada cengkaman maut BNM.. hahahhah. Web putih bersih ni ada makna kot!!!!
Web hitam tu bahaya… web putih memang bawa “harapan”.. kita tengo ja lah.. manalah tau, ,,, kalau tak hidup pon, kita masih alternatif lain ASB, Public Mutual dan banyak lagi dan satu yang menarik perhatian saya ialah “Kelab Bumi Hijau”, nampak nya kelab ni sungguh2 nak pulihkan bumi ini daripada pencemaran @ pemanasan global.. saya dah join, yang mengherankan, kena tunjukkan @ tanamkan “azam” ke dalam diri untuk mengurangkan pemanasan global, satu syarat utama ialah mesti tanam pokok… tak kira apa jenis pokok yang penting berwarna hijau…, selepas tu di pantau pula oleh pengurus kawasan… dan setelah di sahkan komited untuk pulihhara bumi ni maka dapatlah ganjaran2…berupa wang tunai.. pelik2,… mula2 saya tak percaya, dua bulan join masih dapat wang saku… nampaknya baik pula tanam pokok ni.. saya tanam 3 pokok mangga jah.. dah dapat wang saku.. hehehehhhh
[Mesti Balas]
berita dari sumber yang boleh dipercayai….cbc tidak dapat diselamatkan dan telah disabit salah…semua asetnya dah dibekukan…kepada yg tak bernasib baik tu, takpe rezeki Allah tu Maha luas…kita dapat melihat bernafas juga merupakan rezeki….so redhalah dgn perkara yg lepas…ada hikmah di sebalik semua yg tejadi…mungkin dengan dugaan ini akan membuatkan kita lebih dekat kepada Allah..selamat beramal…
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 12th, 2009 at 9:27 am
nasihat yang bernas, moga kita semua mendapat iktibar
[Mesti Balas]
CBC punya Web Bukan Gelap laa… yang i nampak putih je…, boleh membawa makna “masih ada harapan”…, tetapi tak ada dalam rekod BNM ada yg terlepas… kecuali syarikat tu bertindak bijak, serta mempunyai rasa responsibility terhadap ahli2nya… tapi tak apa juga, kita ada alternatif lain,cth: ASB, P Mutual dsb… aaa ini baru halal punya, tapi kadang2 BNM ni “talam 2 muka juga”, orang melabur 4ekor dia tak kacau…malah di galakkannya. ini baru skim cepat kaya yang sebenar.
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 8th, 2009 at 9:42 pm
Setuju. 4D adalah skim cepat kaya sebenar yang halal oleh kerajaan
[Mesti Balas]
Salam semua,
Dah macam-macam komen saya baca pasal berita yang dikata agak panas ni, ada yang komen ba bi bu ta…ada yang terbuka, ada yang sokong, ada yang berlagak serba tau, ada yang tunjuk alim, komenlah seberapa banyak, HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA KESUDAHANNYA. Yang rasa teraniaya tu, bersabarlah, itulah ujian, yang menganiaya tu insaf-insaflah. Semoga ALLAH BERI PETUNJUK DAN HIDAYAH, REZEKI DI TANGANNYA……
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 8th, 2009 at 9:43 pm
Tak apa Ummie, ianya dah semakin menyejuk. Mungkin tak lama lagi di bawah takat beku.
[Mesti Balas]
jangan mudah patah hati… duit tu umpama mencukur misai, hari ni tercukur, esok tumbuh lagi…,lipat gandakan usaha masing2. Dalam apa keadaan sekalipon kita mesti bersyukur, kalau mati sekali pon “kena bersyukur lah juga”… tapi, hari ni CBC akan … jam 3 konon , so tahniah
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 12th, 2009 at 9:27 am
Bro, cukur janggut lagi cepat tumbuh…hhehehhehe
[Mesti Balas]
asslamualaikum
ap2 la pening2………. ceramic dah ok pun ….semalambonus saya dah masukpun,,,,,,,,,,,, cakap banyak tak payah…
cari ilmu……..
ilmu tanpa amal just tahu saja tiada hakikat…
good luck for every one…..
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 12th, 2009 at 9:26 am
tahniah, Bank Negara sudah mencairkan akaun CBC
[Mesti Balas]
aper citer terbaru cbc ni,boleh join ker @ dh dibekukan bnm
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 17th, 2009 at 12:00 am
rasanya masih belum cair
[Mesti Balas]
dlm web sementara , semua member di ajak berbuka puasa kat HQ..
“CBF Berhad”, … 22hb ni…, tentang “isu cair” ni blom lg la … skrg ni berlaku “lambakan” harta karun, menurut kawan saya,”tinggal satu button lagi” konon yg belum terlepas dari cengkaman maut BNM.. heheheh,… Baucer GIANT pon konon berlambak & khabarnya akan di hantar dlm 10 hari … tengolah betol ke tidak… so, apa pon, di ucapkan tahniah kpd CEO , leader2 yg bijaksana…
[Mesti Balas]
Salam…any info from majlis berbuka puasa semlm kat HQ?
mantap + focus
[Mesti Balas]
CBF Berhad terkini:-
1. Button pengeluaran dah ada. Cuma nak draw susah, dengar khabar dilimin kepada 500 org ja dgn had 500EV.
2. Baucer telah di hantar. Ikut giliran.
3. selamat berpuasa. tahniah CBF, semoga mantap 100% awal tahun 2010
[Mesti Balas]
ape tugas BNM sbnarnyew?? dok ttup pintu rzki org ka?? ..ingat2 la..kalo kaya pon rakyat malaysia..kalo miskin pon rakyat malaysia….Ape makne BNM?? Bantu Negara Malaysia?? ataw Bangkrupkan Negara Malaysia?? fkir2 kan la wahai yang org yg brakal…kadang2 kita lihat bangsa kita juga yg jatuhkan bangsa sndiri.. M…mudah lupa…
[Mesti Balas]
Ini yg dikatakan zalim…
klu dh tentu salah ngapa tak jatuh hukuman terus…
apa yg ditunggu wahai BNM…?
Ni macam nk menyeksa zahir dan batin kpd yg terbabit..
join saya..
anuar0035redtaggy@gmail.com
[Mesti Balas]
aku penah juga masuk skim macam ni dulu (bukan asia ceramic). cuma 1 perkara je mesti ingat. JANGAN TAMAK. mulakan dgn sikit sikit.. masa baru baru tu betul tak ramai ahli kita boleh percaya dan ada pulangan. tapi bila dah ramai tahu maka BNM pun tahu….. apa lagi cabutlah.. kalau rugipun tak banyak. Banyak skim yang mengalami nasib yg serupa macam ni. mereka bukan tipu tapi bila BNM dah kacau semua jadi tergendala. sebab tulah aku kata mula dgn sikit sikit . bila dah dpt untung keluarkan masuk bank. kalau melabur rm 1000 sebulan dpt rm 50 pun dah untung. bank pun tak bagi banyak tu. ye cakap betul….. aku tak pernah rugi untung adalah tapi tak banyaklah. sebab bila rasa tak sedap hati je aku keluar ahli dan tarik pelaburan. dan rajin rajin lah surf internet utk berita terkini. Tu…jehlah tips yang dpt aku bagi utk panduan akan dtg .
[Mesti Balas]
aku dulu… masa awal2 dpt keje. masa muda dan rase nak cpt kaya. aku trpengaruh la dgn satu pniagaan ni. x yah sebut la yg mana… tp antara 4 yg kena serbu tu la. sakit plak hati nak sebut yg mana. lps kena serbu aku x sempat dpt keuntungan yg prtama pon. nak marah pon x guna. aku memang x salahkan sesiapa…sbb bg aku…aku la yg bodoh. apesal…x pikir dulu dlm2 sblm masuk. org lain smue naik angin. aku je yg diam. pasal bg aku…aku la yg salah dan bodoh. itulah penglibatan aku yg first and last….
skrg…aku jd kan sgala yg berlaku sbg ujian dan pngajaran dr Allah kpd aku. aku kerja rajin2 dan usaha dgn perniagaan kecil2an. jual kuih ke…buah ke…kain ke… benda yg BNM x kan serbu la insyaAllah. aku skrg lbh berhati2. ape je yg berkaitan dgn duit yg bnyk… jd jutawan dgn cpt…aku x pandang sblh mata pon. baik aku usaha dgn cara yg btol spy x mnanggung kerugian. aku insaf dah…
[Mesti Balas]