Tajuk ebok terbaru saya. Berikut antara senarai ebook yang bakal meletup. Sungguh panas. Percaya atau tidak?
1. Cinta Awak Dalam Sehari
2. Pengantin Remaja
3. Masalah Seksual Yang Anda Malu Tanya
4. Rahsia Dalam Rahsia Di Sebalik Tirai Kamar Suami Isteri
5. Isteri Romantik di Kamar Yang Indah
6. Suami Romantik di Kamar Yang Indah
7. Senggama Kubur
8. Rintihan Jiwa Seorang Lesbian
9. Oh Fazrah
10. Serakah Anak-anak Zombie
11. Menyingkap Rahsia Keistimewaan Wanita
12. Permata Gemilang
13. Khazanah Mutiara Hikmah Suami Isteri dan Bakal Pengantin

Jangan berangan nak membelinya ebook di atas kerana ianya telah diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam naskah asal. Antara punca larangan adalah kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.
Kita tengok apa yang termaktub dalam Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 menurut Seksyen 7(1).
Adalah menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. Berbaloi tak kalau untung banyak dengan menerbit bahan takbermoral tapi hanya didenda RM20,000 sahaja. Jangan lupa terdapat sungguh banyak bahan tidak bermoral di dunia online ini.
