Selepas tak jadi bercuti ke Sipadan tahun lepas kerana masalah tertentu, tahun ini nak bercuti ke Mesir juga tidak menjadi. Jangan lupa undi untuk pulau Sipadan (tutup pada 7 Julai Tahun ini).

Influenza A H1N1 atau selsema babi bukanlah masalah utama. Walaupun kes di Malaysia tak banyak, ketakutan untuk ke luar negara juga tinggi. Nanti orang lain yang kena sakit kita pula yang terlekat.
Perancangan rapi untuk melawat sesebuah negara akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Kita merancang tetapi bila berlaku sesuatu dengan tidak sengaja membuat saya tawar hati untuk ke sana. Kenapa saya tawar hati?
Mesir juga termasuk negara yang mempunyai keajaiban dunia iaitu Sungai Nil dan piramid. Antara piramid yang popular ialah Piramid Gyza. Kalau lokasi popular pelancongan musnah tentulah kita tawar hati nak ke sana.
Siapa yang cakap piramid musnah?Tak ada orang cakap tapi satu dunia pun sudah tahu yang pada 24 julai 2009 lepas geng Decepticons yang diketuai Megatron telah memusnah, merobek, menembak beberapa piramid untuk menaktifkan mesin yang boleh meletupkan matahari. Nasib baik ada Autobots, kepalanya Optimus Prime menyelamatkan bumi. Cerita selanjut boleh diketahui di sini.
Beberapa foto menunjukkan kemusnahan piramid di Mesir.
Lari...Letupan ada di mana-mana
Robot baik
Kawasan berperang

{ 3 comments… read them below or add one }
aku cerita betul, pui!
[Mesti Balas]
Tie dah undi pulau sipadan tu… tempatnya cantik sekali, teringin nak pergi, hi hi…
[Mesti Balas]
SYK Reply:
August 12th, 2009 at 9:23 am
Undi penting untuk kemenangan
[Mesti Balas]
ssh skg ni nak g bercuti…duk umah je la jawab nyer…huhu
[Mesti Balas]
BAGAK Reply:
August 11th, 2009 at 12:54 am
H1N1 elok duduk rumah jer, kemas rumah dan berkebun
[Mesti Balas]
mohdisa Reply:
August 11th, 2009 at 11:48 pm
betul tu, baik duk umah jerk. dari kuar, membazirkan wang sahaja. hehe
[Mesti Balas]