Mungkin tak pernah dengan istilah blogger tandas ataupun blogger jambanĀ (ini bahasa kasar). Kenapa tak pernah dengar? Sebab tak ada orang nak mulakan istilah ini. Cuba kalau ada yang mulakan, tentunya ianya popular macam istilah mat rempit. Bila dah popular istilah ini ramai yang tak puas kena, kena tukar kepada samseng jalanan pulak.
Mat Rempit Popular
Balik semula kepada blogger tandas, apa yang dimaksudkan dengan blogger tandas ini? Mereka ini suka menulis dan menurunkan idea yang bernas di dalam tandas. Bukan di atas kertas atau di komputer tetapi di dinding tandas.Mereka hanya aktif menulis di tandas awam. Tidak pula mereka menulis di tandas rumah sendiri atau rumah atuk mereka di kampung.
Bila mereka menulis? Hanya waktu tertentu sahaja. Mereka sanggup menghabiskan waktu untuk idea yang tak seberapa di tempat busuk. Siapa yang kenal mereka walaupun mereka menulis dengan baik? Saya rasa tak ada siapa sebab mereka hanya manusia yang berkarya di tempat yang salah. Alangkah ruginya mereka ini. Cuba berblog guna domain sendiri atau blogspot.com pun sudah jadi pilihan terbaik.
Agaknya bolehkah mereka mendapat pendapatan seperti blogger online sejati seperti Mr. R yang mendapat ribuan ringgit sebulan. Kemungkinan besar tak boleh mendapat wang ringgit tetapi kutukan mungkin pasti daripada pencuci tandas.

{ 6 comments… read them below or add one }
Hahahahaha….!!!
Brilliant sungguh kamu Syed!
Tak pernah seorang pun blogger Malaysia yang hendak ketengahkan aktiviti blogging dalam jamban nih… tapi memang BETUL apa yang dikatakan.
Rasanya memang “makan dalam” semua ayat-ayat di atas tu. Kelakar tapi memang semunya benar dan berlaku di hadapan mata.
Tahniah!!
[Mesti Balas]
SYK Reply:
June 29th, 2009 at 11:33 am
Tq Mr.R,
Sayangnya saya tak sempat nak lawat banyak blog tandas atas alasan masa dan kewangan (satu tandas minima 20 sen) untuk ambil gambar lain.
[Mesti Balas]
hahaha…menarik2…betul tuh dari duk merosakkan harta awam baik buat blog conteng je sepuas hati mereka
[Mesti Balas]
SYK Reply:
June 29th, 2009 at 11:32 am
masalah blogger jamban ni tak pernah selesai dari dulu sampai sekarang. Mungkinkah rakyat Malaysia masih kenal apa itu blog yang sebenar…
[Mesti Balas]
lamaaaaaaaaaaa…..dah tak masuk tandas awam
erk…mcm kak jie tak de aktiviti luar pula, kan?
[Mesti Balas]
mereka ni mmg kreatif tp sayang buta IT atau tak pandai tekan keyboard sbb tu conteng dinding jer
[Mesti Balas]
ade jugak aku pernah terbaca cara mudah untuk mempromosikan
blog iaitu tulis kat tandas.. hehehe aku tak pernah
cuba.. tapi mereka kate memang rating blog sekali gus mendadak.
*tapi itu blog bebudak skolah… erm.. kire cara berkesan
untuk membuat pengiklanan kan.. tak perlu bayar.. just tulis
jer kat dinding tandas.. hahaha.. lawak giler~
[Mesti Balas]
hahaha.. platform tandas manakah agaknya menjadi pilihan blogger-blogger ini?
[Mesti Balas]