Sambungan daripada cerita terdahulu…
Sebelum dilanjutkan dengan gambar-gambar panas, suka saya memberi teka-teki berat escavator yang ada diatas bangunan tersebut. Escavator buatan Hitachi, tidak diketahui model apa. Mengikut laman web Hitachi, berat escavator antara 8,000 hingga 84,000 kilogram setiap satu. Cuba kira pula berapa banyak escavator yang ada selepas bangunan ini runtuh.
Dipercayai semua escavator selepas bangunan runtuh bukan escavator penyelamat. Kenapa saya berfikir demikian?
Debu Berterbangan
Jentera Buatan Hitachi
Jentera Pemecah
Separuh Runtuh
Tersepit
Runtuhan Sengaja Buat
Pemandangan Maut
Jawapannya ialah tidak ada lagi pasukan Bomba & Penyelamat dan Polis di tempat kejadian, bermakna gambar ini benar-benar baru dirakam di masa kejadian. Kesimpulannya dengan berat yang berlebihan memang telah dikenakan pada lantai bangunan tersebut (kekuatan hanya pada besi-besi cerucuk?)
Entri ini bukan laporan awal pihak berkuasa, ianya sekadar pandangan peribadi untuk kita semua berfikir bahawa kemalangan boleh dielakkan jika kita berfikir lebih teliti dan bukan membuat kerja secara hentam-keromo sahaja. Kerja siap tapi nyawa melayang adalah tidak berbaloi sama sekali.

{ 1 comment… read it below or add one }
ha..ok juga tuch jawabannya..
[Mesti Balas]