Lepas bangunan Jaya Supermarket runtuh, stadium pulak runtuh. Semua bencana ini memang ada kaitan dengan kejuruteraan, pembinaan dan keselamatan. Orang awam hanya mengetahui kecantikan dan keselesaan sahaja tapi para pembina bangunan (jurutera, arkitek,juruukur,kontraktor) berhempas pulas membuat yang terbaik mengikut speksifikasi, harga dan keselamatan semua.

Bila merujuk kepada Utusan Online hari ini, saya amat tidak bersetuju dengan pandangan menteri besar yang seolah-oah menyalahkan konsultan dalam sesuatu masalah keruntuhan. Konsultan yang bertanggungjawap dalam sesuatu projek bukan dengan mudah memberi kelulusan rekaan sesuatu binaan. Ianya dirujuk ke pelbagai peringkat ujian rekaan. Tambah-tambah lagi kalau melibatkan projek jutaan ringgit dan keselamatan orang awam.
Menuding jari pada suatu pihak sebelum siasatan mendalam dilakukan adalah tidak adil, lagi pula mempersoalkan hasil pencarian sesetengah pihak. Konsultan kejuruteraan, konsultan arkitek, konsultan juruukur dan beberapa lagi konsultan memang menjalankan tugas dengan profesional mengikut pelbagai undang-undang dan akta, disamping teori-teori yang selalu telah diguna-pakai sejak sekian lama.
Kalau nak tunggu konsultan mempunyai pengalaman 15-20 tahun, lambatlah Malaysia nak membangun kerana tak cukup tenaga profesional. Sekarang pun tak cukup juga sebenarnya. Semoga SPRM dapat menyisat sedalam-dalamnya kes stadium runtuh ini agar tidak menjadi duri dalam daging dalam industri pembinaan negara.
Petikan daripada Utusan Online:-
Struktur bumbung lemah dikesan sejak Sukma
KUALA TERENGGANU 3 Jun – Kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, apabila hal itu dirujuk kepada JKR, jabatan berkenaan memberi jaminan akan mengarahkan kontraktor mengambil tindakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berlangsung.
”Mesyuarat sudah diadakan, namun tiada tindakan. Tiga minggu lepas saya hubungi lagi timbalan pengarah JKR negeri minta hal itu disegerakan kerana bimbang tempoh jaminan akan habis.
”Dua minggu lepas JKR tulis surat kepada kontraktor untuk mengambil tindakan terhadap masalah itu,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Ahmad, struktur bumbung yang lemah dikesan apabila ia bergegar ketika pasukan komando mahu memasang tali untuk pertunjukan ‘abseiling’ sempena perasmian stadium itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Jelasnya, disebabkan tidak yakin dengan kekuatan struktur bumbung stadium, pertunjukan ‘abseiling’ anggota komando dilakukan menggunakan helikopter.
Bagaimanapun, enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tegasnya, kerajaan negeri menerima kenyataan bahawa kejadian runtuhan itu telah berlaku dan akan melantik konsultan luar untuk melakukan siasatan selain konsultan yang dilantik oleh JKR.
”Jadi, ada dua konsultan yang akan mencari punca kejadian ini. Kita tidak mahu bergantung kepada satu pandangan sahaja supaya lebih selamat,” ujarnya.
Beliau berkata, pengesahan keselamatan stadium itu sebelum ini sepatutnya dilakukan oleh JKR, bukannya konsultan yang dilantik oleh kontraktor.
”Saya kadang-kadang terkilan dengan konsultan, kerja tiga empat tahun sudah mahu jadi konsultan. Dahulu ada pengalaman 20 hingga 30 tahun baru tubuhkan syarikat konsultan,” ujarnya.
Beliau mencadangkan supaya JKR menetapkan standard untuk menubuhkan syarikat konsultan perlu mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya 15 tahun.
Ditanya kemungkinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu tegasnya, beliau sedia memberi kerjasama penuh jika ia boleh membersihkan nama kerajaan negeri.



{ 2 comments… read them below or add one }
[Mesti Balas]
SYK Reply:
June 7th, 2009 at 3:02 pm
moga kita terselamat daripada mala petaka
[Mesti Balas]
Kalau pakai simen murah, pasir tak cukup gred, apa lagi nak dikato?
[Mesti Balas]
SYK Reply:
June 7th, 2009 at 3:01 pm
tu biasa, kalau tidak macam mana kontraktor nak kaya
nak bagi suapan lagi pada yang patut
[Mesti Balas]