Bagi peminat Prison Break, episod terakhir yang ditayangkan di US minggu lepas telah memberikan jawapan selama ini. Empat musim dengan puluhan episod yang mendebarkan. Ada juga ditayangkan di Malaysia tetapi saya tak tahu siaran yang mana satu.
Peminat sekarang tak sanggup tunggu 6 bulan lagi baru nak tahu kesudahan sesuatu siri. Kalau boleh nak tengok waktu yang sama dengan siaran di negara atas angin. Biasanya sesuatu episod siri tv boleh didapati online 2-3 jam selepas siaran perdananya di US. Cuma kena pandai cari dimana laman web yang menyediakan siaran tertunda. Boleh juga didapati di Warez dan Torrent.

Musim ke-4 Prison Break disambung tayangannya setelah dihentikan pada Disember tahun lepas. Waktu tayangan seperti di bawah:-
| 4×14 | Just Business | 2008-12-08 |
| 4×15 | Going Under | 2008-12-15 |
| 4×16 | The Sunshine State | 2008-12-22 |
| 4×17 | The Mother Lode | 2009-04-17 |
| 4×18 | Vs. | 2009-04-24 |
| 4×19 | S.O.B. | 2009-05-01 |
| 4×20 | Cowboys and Indians | 2009-05-08 |
| 4×21 | Rate of Exchange | 2009-05-15 |
| 4×22 | Killing Your Number | 2009-05-15 |
| 4×23 | The Old Ball and Chain | 1970-01-01 |
| 4×24 | Free | 1970-01-01 |
Minggu lepas lengkap 22 episod dan berakhirlah kisah jurutera awam yang mempunyai kepakaran seperti Mac Gyver tahun 80an. Jurutera awam tapi pakar dalam elektronik?? Saya masih lagi sangsi kenapa ada episod 23 dan 24 pada jadual yang diberikan.
Selamat Menonton.

{ 3 comments… read them below or add one }
ades…aku tak tgk abis lg…ketinggalan jauh aku ni…waa
[Mesti Balas]
SYK Reply:
May 26th, 2009 at 10:41 pm
Apa yang penting bukan kesudahannya tetapi hayati perjalanan siri ini.
Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuma jalan penyelesaian itu betul atau tidak jer.
[Mesti Balas]
ia lebih hebat dari Mc Gyver, tp Mc Gyver ttp di hati
[Mesti Balas]
SYK Reply:
May 28th, 2009 at 1:55 am
Tetap di hati tapi dengar cerita Mc Gyver dah mati
[Mesti Balas]
future story,michael scofield abang kepada lincoln burrow,mati akibat penyakit otak dalam 4 tahun akan dtg dlm musim 4
[Mesti Balas]
SYK Reply:
June 7th, 2009 at 5:46 am
michael adik kepada lincoln burrow sebenarnya
memang ada ruang/ masa antara selepas isteri michael lepas dari penjara dan kematian michael. Mungkin dalam 3-4 tahun (sampai anaknya boleh besar). Itupun kalau mereka nak sambung cerita lagi.
Jadi itu mungkin diperuntukkan untuk musim ke 5.Musim ke 4 baru habis jer.
[Mesti Balas]