Bulan Penuh Di Tengah Hutan

by SYK on 11 May, 2009

Bila berbicara tentang bulan mengambang banyak kenangan yang ada pada saya. Orang lain pun mungkin ada kalau selalu berada di luar rumah semasa kejadian. Ianya akan jadi ingatan sepanjang hidup jika merenung bulan mengambang a.k.a bulan penuh.

glow in the dark Bulan Penuh Di Tengah Hutan

Melakukan aktiviti trekking dalam hutan kalau boleh biarlah semasa ada bulan di atas. Kenapa? Jika terpaksa berjalan malam tidak memerlukan lampu suluh sangat. Bila di tempat yang begitu gelap seperti di dalam hutan, cahaya bulan memang seperti mentol lampu 10 Watt. Tak terang sangat tapi cukup untuk melangkah dan tidak tersadung dan jatuh.

Ada kumpulan yang masuk ke hutan tidak kisah akan peredaran bulan sebab sudah menyediakan lampu suluh dengan bateri tambahan lagi. Lampu suluh juga penting jika berada di tempat-tempat yang merbahaya seperti jurang dan sukar. Bila di tempat yang agak datar atau di pematang pauh kita dapat melihat keajaiban tumbuhan dan haiwan yang memantulkan cahaya bulan. bayangkan seperti kelip-kelip, ada banyak lagi haiwan dan tumbuhan yang bercahaya.

Tentu rasa terpegun bila sampai di kawasan yang tumbuhannya memantulkan cahaya. Saya tidak mempunyai gambar untuk dikongsi sebab agak sukar untuk merakam gambar tersebut. Kalau gunakan cahaya kilat (flash), pemandangan tersebut tidak akan menjadi. Kalau tidak gunakan pula, gambar akan gelap. Bukaan kamera (aparture) mesti kena lama masanya  untuk mendapatkan cahaya pada tumbuhan tersebut. Mesti guna tripod dan tunggu. Jadi semuanya hanya ada dalam memori otak sahaja.

Lihat sini untuk melihat contoh ‘glow in the dark plant’.

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Lihat Sini

{ 8 comments… read them below or add one }

1 si dugong 11 May, 2009 at 5:15 am

bulan mengambang penuh ni seram woo… teringatkan seirgala jadian dan puntianak!

[Mesti Balas]

SYK Reply:

Selamat pagi bapak/ mak dugong

kenapa pontianak keluar masa bulan mengambang?

[Mesti Balas]

2 Kujie 11 May, 2009 at 9:53 am

baru pagi tadi , dok tenung bulan dgn anak2…masa nk hntr dia org pergi sekolah…

kenapa ye org kagum dgn bukan..sedangkan cahaya yg cantik tu bukan milik @ asalnya dari bulan…matahari yang punya……:p

[Mesti Balas]

SYK Reply:

nak renung matahari, mata tak tahan

nak reni bintang, kelihatan kecil sangat

bulan ajer jadi pilihan

[Mesti Balas]

3 -WaN- 11 May, 2009 at 11:46 am

a’aa la. mmg lawa cahaya bulan semalam.indahnya ciptaan Tuhan…

[Mesti Balas]

SYK Reply:

hanya orang yang tahu menilai keindahan akan memuji….

[Mesti Balas]

4 KampungBoy 11 May, 2009 at 1:17 pm

Jawabnya pontianak
kuar bikin keje dia xpakai spek
baru nampak cahaya terang
ngeh2…ngeh

[Mesti Balas]

SYK Reply:

muhahahahh

[Mesti Balas]

5 zool 11 May, 2009 at 8:44 pm

tak rajin lepak utan.. tgk orang utan pun kat tv je…
cuma lot bertentang rumah ni yang dah mcm utan. tuan tanah dah takde lagi

[Mesti Balas]

SYK Reply:

berapa dia mahu jual lot tanah tersebut?

[Mesti Balas]

6 Afzai Afandi 11 May, 2009 at 11:44 pm

Salam bro…

Kunjungan balas ni :)
Banyak citer bulan kat sini…. memang bulan itu indah dan itulah salah satu kekuasaan PENCIPTANYA.

mungkin lepas ni boleh citer tentang parti BULAN pulak..hehehe

[Mesti Balas]

SYK Reply:

parti BULAn pun boleh cerita

Oh! BULAN pun boleh cerita

[Mesti Balas]

7 Eriyza 11 May, 2009 at 11:46 pm

Bulan mengambang sering dikaitkan dgn
sesuatu yg mistik. Nape eh??

[Mesti Balas]

SYK Reply:

mungkin masih terbelenggu dengan kehidupan zaman lampau

[Mesti Balas]

8 klik sini BERITA SENSASI SEKADAR MAKLUMAT UMUM 17 May, 2009 at 6:22 pm

dah itu yg disematkan dalam memori kita(yg org tua2 dulu ajar-bila bulan mengambang mesti dikaitkan dgn hantu)
aku pun pelik dan hairan …sbb tu kita kena ubah cara pemikiran tu skrg,sblm lepas ke generasi seterusnya…

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: