Lawat Blog Kawan

by SYK on 6 May, 2009

Bila menulis tentang blogger, saya tekankan mesti lawat blog orang lain. Kita kena belajar macam mana orang lain menulis dan macam mana mereka menguruskan blog mereka.

Manikam Jauhari

Apa sahaja tujuan kita berblog, kita mesti tengok juga usaha orang lain berblog. kalau nak buka kedai runcit, kita mesti tengok orang lain buka kedai runcit. Kalau nak buka restoren, mesti nak tengok macam mana susun atur restoren orang lain. Kalau nak , mesti tengok cikgu lain mengajar dulu. Begitulah proses tiru dan buat oleh manusia untuk apa sahaja yang mereka ingin lakukan.

Ramai blogger yang syok sendiri sendiri dan sebarkan URL blog pada kawan-kawan tetapi tak ada masa nak komen blog orang lain. Semua blogger adalah kawan. kalau nak bermusuh, jangan tulis blog. Itu pendapat saya.

Maka bacalah blog orang lain dan tinggalkan sedikit komen untuk penulis blog lebih bersemangat menulis dan berkongsi ilmu. Bukan senang nak mencari idea membuat satu enti. Hanya , hanya blogger yang tahu peritnya nak buat entri.

P.s Jauhari adalah pakar permata; manikam adalah sejenis permata

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Technorati
  • Live
  • LinkedIn
  • MySpace

Lihat Sini

{ 2 trackbacks }

Ubah Gaya Hidup Sekelip Mata | Rangsangan Kejuruteraan Kehidupan - Membina Kehidupan Di Alam Maya
10 May, 2009 at 2:58 am
Tips Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya — Blog Mohd Isa
9 July, 2010 at 12:23 pm

{ 17 comments… read them below or add one }

1 Kak Jie 6 May, 2009 at 11:11 am

hari ni kita belajar seni pengurusan… berblog mcm belajar menguruskan ego diri dalam memenuhi keperluan emosi, psikologi dan sosial kawan-kawan.

[Mesti Balas]

2 roshaizul 6 May, 2009 at 2:18 pm

fuh, perit nak buat entry. terkadang aku terpaksa melompat bintang atau melakukan tekan tubi 10kali untuk mendapatkan idea. huhuhuhu

[Mesti Balas]

3 loq 6 May, 2009 at 8:42 pm

komen penting untuk menarik lagi ramai visitors
nak2 komen kat blog yang traffic tinggi..
kan kan kan?

[Mesti Balas]

4 SYK 6 May, 2009 at 9:22 pm

Kak Jie,
belajar dan terus belajar..

Roshaizul,
Entri anda mesti bermutu tinggi sebab sudah nak buat

Ioq,
Komen adalah kemestian kalau tak macam makan tak ada garam

[Mesti Balas]

5 haritz 7 May, 2009 at 11:23 am

komen tinggalkan jejak, setengah terlalu hati2 atau egois dan aku menyokong tinggalkan jejak dalam blog kengkawan

[Mesti Balas]

6 Adry 8 May, 2009 at 9:37 am

yeap betul tu… aku pun masih blajar berblog ni…

[Mesti Balas]

7 katahill 8 May, 2009 at 2:39 pm

berblogging pun mesti ada team player, perlunya network, ziarah menziarah, salam muhibbah. Tinggalkan komen boleh tukar2 pendapat.
SYK! ada masa singgahlah rumah.

[Mesti Balas]

8 samdaddycool 8 May, 2009 at 5:26 pm

… Betul cakap sifu ni… Hidup alam blogger mesti begaul dgn blogger…

[Mesti Balas]

9 BAGAK 8 May, 2009 at 11:09 pm

haritz,
hati-hati perlu tapi untuk kawan2 tak ada masalah

Adry,
semua orang pun belajar, katakunci ‘selsema babi’ nampaknya laku dengan pakcik google. tahniah

katahill,

ada makan2 ker?

samdaddycool,
nickname yang susah nak sebut…tq datang mengomen

[Mesti Balas]

10 Tie 9 May, 2009 at 9:27 am

Memang Tie selalu pastikan membalas kunjungan teman2. Ini adalah kerana kita patut menghargai masa yang mereka luangkan untuk kita.

Tie juga berlumba2 untuk menjadi pengkomen yang pertama di blog mereka (walaupun jarang sekali berjaya) . Rasa seronok pulak.

[Mesti Balas]

11 Kreuger 9 May, 2009 at 11:45 pm

hehehe… betoi hang cakap tuh..
aku setuju…

erk.. aku lagi setuju kalau blog ni pakai
plugin WP-Threat comment..
lagi best berkomentor… sure komentor ramai nanti…
cube la pasang.. wokeh~

[Mesti Balas]

12 BAGAK 9 May, 2009 at 11:55 pm

Halo Kreuger…macam pernah ku lihat wajah berkaca mata itu

tq untuk idea itu, akan di ambil tindakan.

[Mesti Balas]

13 mohdisa 13 May, 2009 at 10:41 am

bagus entri ini, lama juga saya membuat blog. tapi jarang ada komen. sedih pun ada, saya harap saya boleh postkan entri ini di blog saya. semoga pembaca lain mengerti dan memberikan saya lebih semangat.

[Mesti Balas]

SYK Reply:

tak de hal mohdisa,
ilmu mesti kongsi
jangan lupa bagi kredit itu sahaja

[Mesti Balas]

mohdisa Reply:

terima kasih atas keizinan dari pihak tuan
saya akan kreditkan ke blog tuan

p/s: blog mohd isa masih dalam pembaikpulihan setelah selesai melakukan perpindahan hosting. entri ini akan dimasukan dalam masa terdekat. insyaAllah.

[Mesti Balas]

SYK Reply:

Semoga blog tersebut pulih kembali di alam maya ini

Kujie Reply:

entri ‘spt suratkhabar’ mmg jarang org komen
tak ada apa lagi yg nak dikomen

[Mesti Balas]

mohdisa Reply:

tahu takpa, entri yang berunsurkan berita semasa memang jarang mendapat komen. cuma perlu pandai mengubahnya agar dapat diperbincangkan. betul tak kak jie?

[Mesti Balas]

14 Azuan 10 July, 2010 at 1:35 am

Betul tu bro.. bukan nak nak tulis satu entry ni.. nak karang ayat baik2.. blh jadi pening.. hehe.. anyway, ni theme thesis 1.7 ke bro?

[Mesti Balas]

15 SYK 12 July, 2010 at 11:41 am

ini thesis 1.5 jer
antara theme terbaik :)

[Mesti Balas]

16 beliamuda 28 July, 2010 at 7:32 am

lawat blog kawan tu senang sahaja, tapi untuk meninggalkan jejak yang berkesan memerlukan teknik yang betul. Kadang-kadang rasa tidak mampu untuk meninggalkan komen (kekangan masa @ tiada benda yang boleh dikomen dengan berhemah).

[Mesti Balas]

17 SYK 28 July, 2010 at 10:59 am

mungkin boleh buat secara rawak atau tetapkan sasaran. contohnya 10 komen untu sehari

[Mesti Balas]

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Previous post:

Next post: